Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri Syafiq Ahmad kucup bayi buat kali yang terakhir

 


Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, iaitu Nur Amalina Norain diberi peluang mengucup anaknya buat kali terakhir.


Jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari yang terk0rb4n dalam kemlangan tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap awal pagi ini, dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke tempat rawatan ibunya di HSJ.


Sejurus jenazah tiba, Nur Amalina, 25, yang ced3ra dan dirawat di Wad 8 hospital itu dibawa turun dari wadnya dengan ditolak menggunakan katil ke bahagian Unit Forensik.


Nur Amalina kemudiannya diberi masa kira-kira 20 minit dan kelihatan wanita itu membelai dan mengucup bayinya beberapa kali.


Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terk0rban dalam kemalngan tersebut.



Kemlangan itu turut meng0rbankan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti berusia 30-an.


Selain Muhammad Syafiq, 25, dan isterinya, anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami cedra ringan dan kini dirawat di wad kanak-kanak HSJ.


Muhammad Syafiq yang turut hadir ke HSJ dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan berterusan menangis sambil ditenangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.


Jenazah kemudiannya dibawa ke Pendang, Kedah untuk urusan pengebumian.


Terdahulu di Nibong Tebal, Muhammad Syafiq yang berada di perkarangan Unit F0rensik Hospital Sungai Bakap (HSB), dilihat menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara malah dia enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.



Muhammad Syafiq berada di situ menunggu urusan b3d4h siasat anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef serta ibu mentuanya, Zainab.


Suasana hiba dan sedih itu turut dikongsi adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang setia menemani abangnya itu dan beliau turut memaklumkan abangnya masih terkejut serta sukar menerima kejadian yang berlaku.


"Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja...Aisy, Aisy," katanya kepada pemberita ketika di temui di Unit F0rensik HSB, di sini hari ini.


Sementara itu, Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan takziah kepada Muhammad Syafiq ketika hadir menziarahi pemain bola sepak kebangsaan itu di HSB.


"Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal malah kami akan sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kami semua mendoakan yang terbaik buatnya," kata Tan.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments