Ticker

6/recent/ticker-posts

Sharifah Sakinah Terkejut Seakan Tidak Percaya Kekasih Hatinya Lancar Baca Alif Ba Ta

 


Ramai sedia maklum, pelakon berbakat besar Sharifah Sakinah sudah mempunyai kekasih hati baru selepaas bercerai, namun ramai netizen mempertikaikan status hubungan antara pelakon Sharifah Sakinah bersama dengan kekasih hatinya dari Sweden itu, pelakon tersebut masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali menyuruh netizen untuk tunggu beberapa bulan lagi sebelum beliau mengumumkan sesuatu.



22 Disember lepas, pelakon tersebut ada memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengajar kekasihnya iaitu Michael Hansen untuk membaca alif ba ta.


Tanpa disangka Michael dapat menyebut setiap huruf dengan lancar sehingga Sakinah sendiri terkejut dengan perkara itu.


“Wah, you quite good eh. Laju, bagus dia!”


Dalam masa yang sama, walaupun Sakinah memaparkan perkara baik di media sosial, masih ada lagi netizen yang berfikiran negatif terhadapnya.


Seperti biasa diruangan komen, ada bermacam-macam komen dan respon dari netizen, ada segelintir sahaja yang gembira dengan perkara itu manakal selebihnya lagi mengecam Sakinah dengan menganggap beliau hanya menunjuk-nunjuk.






Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini ya.


Sumber foto: Instagram Sharifah Sakinah via hotfm

Post a Comment

0 Comments