Ticker

6/recent/ticker-posts

Suami tuduh saya dalang dan pengkhianat rumahtangga sebab saya membiarkan anak-anak saya yang berumur 14 dan 16 tahun ada telefon

 



Assalamualaikum.  Cuma nak share dan mintak pendapat. saya (janda ank 4) berkahwin dengan duda tiada anak dan usia muda dari saya. kami berkahwin sudah 4 tahun dan dikurniakan ank 2 orang berumo 4 tahun dan seorang lg 4 bulan. Sewaktu saya mngandung anak no 2 ketika kandungan berusia 2 bulan saya bergado dengan suami. puncanya ketika itu saya mngalami morning s1cknes yang teruk.


keje rumah terabai dan kurang perhatian pada nya. tetiba dia suruh saya membuat pilihan sama ada untuk pilih ank2 saya atau pilih dia.  pelik juga kan kalau pilih dia. dia kan trs stay sama saya. kalau saya pilih ank2 saya dia akan keluar dari rumah. mana mungkin saya boleh membuat pilihan. kedua2 nya saya sayang. Anak saya sudah kehilangan ayah. ingat nak menumpang kasih ayah tiri tapi ayah tiri lak panas baran.


Saya tak kn buang anak2 saya. Itulah harta yang saya ada di dunia ni. Lepas tu dia ckp selepas saya bersalin dia ajak pergi mahkamah. Tapi baru beberapa hari dia kuar dr umah dia mintak maaf dengan saya dan akui semua silap dia. dia tak patut suruh saya buat pilihan antara ank2 saya dan diri dia. dia nak berubah katanya. alhmdllh nampak perubahan solat tak tinggal dia bertambah mesra dengan saya.



Tapi sekejap je semua tu. Lepas tu tak solat dah bila saya tanya nape tak solat dia cakap kalau solat je mesti ngantuk. ermm saya tak tahu dah nak cakap apa. sedih sgt2. Masa berlalu. Lepas saya bersalin lagi sekali saya diuji. dia kerap hadap hp. balik keje hadap hp. tak keje pun bangun tdo hadap hp sampai malam lepas tu sambung main game pulak.


Saya s4kit hati tp saya fikir tu minat dia kan tak ape lah. Tapi keadaan semakin teruk hp tak lepas dari tgn. serba serbi uruskn anak2 semua saya buat sendiri.. dia membantu tp bila disuruh lah. Lepas tu serah anak kat saya sambung balik hadap hp atau main game. keadaan berlarutan sampai baby dah 3 bulan. Saya kurang brckp dengan dia memandangkn dia lg seronok hadap hp.



kami berckp bila perlu dan berlarutan hampir sebulan. saya mngalah dan cuba pujuk dia say sory bagai tp dia sebaliknya. Dia cakap saya dalang dan pengkhianat dalam rumahtaggan sampai saya membiarkn anak2 saya yang berumo 14 dan 16 tahun ada hp siap saya tolong topup kan lagi dan itu punca utamanya.. saya pun up kn lah psl saya tak puas hati perangai dia hadap hp je. dia tak terima dia ckp saya ni hadap drama je sbb tu dia layan hp.


Saya tengok tv pun keje umah dari pg sampai nak tutup mata semua saya buat. saya jaga anak2. Semua buat sendirian. hujung2 dia ckp” aku tak de apa nk ckp kt ko. ko tggu je nnt”. dia nk failkn penceraian. tak pernah2 dia tengk1ng saya. ni lah kali pertama dia buat. bila teringat2 dia tengk1ng tu trs benci meluap2 kt dia.. maaf ya cite ni panjang lak. cuma nk wat luahan rasa je. saya minta maaf ya..


Sumber : sostomato.com

Post a Comment

0 Comments