Ticker

6/recent/ticker-posts

Ummi Nazeera terkejut rupanya dia sudah hamil anak kedua

 


Lumrah pasangan suami isteri yang mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan rumahtangga yang dibina.Kehadiran anak juga merupakan rezeki kepada suami isteri.


Pelakon Ummi Nazeera berkongsi kini hamil anak kedua dengan usia kandungan mencecah empat bulan.


Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata, dia mendapat tahu dirinya selepas usia kandungan berusia enam minggu pada Oktober lalu.


"Pada awalnya berlaku perubahan karakter pada diri yang mana banyak makanan saya tidak boleh makan sehinggakan tidak boleh hidu bau ayam. Kalau bau mesti nak muntah. Malah, ketika di lokasi penggambaran siri Kerana Corona, pembantu peribadi saya ada cakap mungkin saya mengandung. Tapi saya cakap tak mungkin.


Gambar hiasan


"Malah, saya dan suami pun cakap perkara sama. Selepas seminggu pun saya masih lalui perkara sama. Sehinggalah masuk minggu keenam saya datang ha1d lambat. Jadi, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan dengan membeli alat ujian kehamilan. Terkejut sebab bacaan positif.


"Sejujurnya, saya dan suami merancang nak mendapatkan anak kedua pada hujung tahun hadapan. Apatah lagi anak sulung kami Ayra Aneesah baru berusia dua tahun pada Ogos lalu. Cuma, pada Julai dan Ogos saya ada cakap pada mama yang mana seronoknya kalau ada anak lagi. Betullah cakap-cakap itu satu doa dan Allah makbulkan. Alhamdulillah, ini adalah rezeki," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Ummi berdoa dan berharap kehamilan kedua itu diberi kesihatan dan dipermudahkan walaupun berisiko berdepan komplikasi plasenta previa yang mana uri berada di bawah seperti kehamilan pertama.


"Harap kehamilan kedua tidak macam pertama. Sebab doktor ada cakap berkemungkinan boleh terjadi, tapi tidak semestinya. Jadi saya harap tidak sama. Disebabkan itu sekarang saya banyak berehat termasuk tidak terbabit dalam sebarang penggambaran drama. Malah, Ayra pun saya tidak dukung dah sebab beratnya sudah 15 kilogram.


"Selain itu, sewaktu mengandungkan anak pertama saya ada masalah diabetis. Sebab waktu itu tak kawal pemakanan. Alhamdulillah, kali ini tidak ada. Insya Allah semuanya sihat. Memandangkan sudah ada pengalaman pertama, jadi boleh belajar," katanya.



Untuk rekod bersama, Ummi dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments