Header Ads

Breaking

Thursday, December 31, 2020

Sudah ketentuan jodoh kami tiba usia remaja, kata pengantin remaja

 


Semalam kecoh di media sosial apabila satu video majlis perkahwinan pasangan remaja yang masing-masing berusia 17 dan 15 tahun telah dimuat naik di aplikasi TikTok.


Ramai netizen yang tidak percaya dan sangkakan itu hanya sekadar video lakonan semata-mata, namun percaya atau tidak majlis tersebut sebenarnya memang majlis perkahwinan pasangan tersebut.


Kami tak sangka bergelar suami isteri pada usia remaja begini, Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal," itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.


Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar dekat Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu 10 hari melangsungkan perkahwinan itu, kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan.



Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.


Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1) itu, berkata keluarga Ahmad Faris Umar kemudian datang bertemu keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan.


Memetik laporan dari harian metro, "Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian, namun saya tidak membantah malah sedikit teruja.


"Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan. Malah segala-galanya kelihatan dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu kami sah bergelar suami isteri," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.



Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik, berkata walaupun sudah berhenti sekolah, namun dia tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta.


Perkahwinan remaja itu tular sejak semalam, apabila video dan foto mereka mengenakan busana pengantin dipaparkan media sosial, hingga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung pada usia muda.


Dalam foto yang dikongsikan menerusi laman sosial itu, pasangan itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini.


Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh di sini, berkata perkenalannya dengan isteri pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian.


Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina, berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.


"Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju.


"Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Sebelum ini saya bekerja dengan ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah, namun kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam talian bersama isteri," kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.




Berikut adalah beberapa respon dari netizen mengenai pasangan ini.





Apapun kita doakan pasangan ini kekal bahagia sampai akhir hayat. Insha Allah


Kredit : harian metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.