Ticker

6/recent/ticker-posts

Syafiq tak ngantuk, cuba elak sesuatu di tengah jalan tapi tak pasti objek apa, kata Ahmad Ibrahim

 



“Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.”


Itu kata Ahmad Ibrahim, 56, bapa kepada pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemlangan selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dipandunya terb4bas di Ki­lometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi semalam.


Dalam kemalngan kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga dilaporkan meningal dunia iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.


Muhammad Syafiq, 25, yang juga peny3rang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak pe­rempuannya, Aaira Nur Saffiyya berusia 2 tahun hanya cedera ringan.


Isterinya yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, pula ced3ra prah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini.


Ahmad memberitahu, Muhammad Syafiq yang juga anak sulungnya memaklumkan bahawa dia cuba mengel4k daripada mel4nggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan.



“Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kemalngan itu kira-kira pukul 4.10 pagi.


“Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.


“Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kemlangan ke­rana saya tidak tahu dia seke­luarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit F0rensik Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini semalam.

Ketika kejadian Muhammad Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung Nur Amalina di Pendang.


Menurut Ahmad, kebiasaan Muhammad Syafiq akan pulang kampung menaiki pesawat, namun kali ini mungkin anaknya memandu sendiri kereta kerana isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua.


Sumber : kosmo online!


Post a Comment

0 Comments