Header Ads

Breaking

Tuesday, December 8, 2020

Takkanlah Sedikit Pun Tiada Kebaikan Saya Pada Wani, tanya Datin Seri Nur Shahida

 



Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Wani Comel yang seakan tidak menghargai jasa dan bakti terhadapnya.


Menerusi video yang ditayangkan pada sidang media khas berlangsung di kediamannya semalam, Nur Shahida bersama beberapa pekerjanya berkunjung ke rumah Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim.

Difahamkan, kunjungan mereka itu berlaku pada 13 November lalu.


Menerusi video tersebut, Nur Shahida berkata, dia kecewa dengan apa yang berlaku dan perkara tersebut telah melukakan hatinya.



“Memang saya tak baik mana, tapi takkan sedikit pun tiada kebaikan saya kepada Wani. Walaupun sedikit.


“Saya tak minta belas kesian pun tapi saya terkilan. Nikmat paling besar adalah melihat awak berjalan.


“Kalau niat untuk jatuhkan saya, saya terima. Mungkin sudah bukan rezeki.


“Tapi apa yang berlaku memang melukakan hati saya,” katanya.


Tambah Nur Shahida, sekiranya Wani merasakan diri ditindas, dia secara terbuka sudi meminta maaf.


“Kalau awak rasa ditindas, saya minta maaf sangat-sangat.


“Mudah mudahan Allah membalas kebaikan awak,” katanya.


Sementara itu, pekerja Aliff yang menguruskan Wani turut terkilan dengan tindakan gadis tersebut.


“Sampai hati awak Wani. Bila dengar Wani boleh berjalan, gembira tak terhingga, melompat-lompat kami.


“Saya yang bawa awak pergi hospital, dapatkan rawatan, sediakan homestay, jaga awak tapi tergamak awak buat macam ni.



“Saya terkilan, kami tak tolong wani ke?” katanya.

Terdahulu, Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Aliff selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.


Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.


Susulan daripada kejadian itu, semalam Aliff menafikan yang dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Wani seperti didakwa gadis itu sebelum ini.-gempak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.