Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Kamal Adli selamba lamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020

 


Pelakon Kamal Adli, 34, membuat kejutan ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME20) malam ini apabila melamar Uqasha Senrose, 28.

Terdahulu, tindakan berkenaan disangka gimik oleh penonton yang menyangka ia sebahagian daripada atur cara program.



Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.

Situasi bertambah menarik apabila Uqasha yang sebelum ini pernah digandingkan bersama Kamal menerusi beberapa siri drama menerima lamaran tersebut lalu cincin disarungkan ke jarinya.


Sumber : astro awani

Post a Comment

0 Comments