Ticker

6/recent/ticker-posts

(7 Gambar) Pakai Gaun Dedah Bahu, Natasha Hudson Sudah Lali Dan Tak Peduli Kecaman Netizen

 


Lama sudah tidak mendengar perkembangan terkini pasal selebriti yang tidak dimamah dek usia ini. Kali terakhir jika tidak silap admin ketika dia berpisah dengan bekas suaminya.


Baru-baru ini, Natasha dikatakan telah menghadiri satu majlis pelancaran produk Crystal C White dimana dia merupakan wajah dan ikon produk. Namun pernampilannya yang memakai gaun telah menarik perhatian netizen dan ramai netizen mengecamnya kerana gaun itu menampakkan sebahagian bahunya.

Memetik laporan dari utusan online, Pakaian berkenaan menerima banyak kecaman dalam media sosial sementelah Natasha sendiri telah memuat naik gambar berkenaan dalam akaun Instagramnya.




“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.


“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakannya kerana ia mengikut tema majlis.


“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” katanya.


Natasha berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk tersebut yang dilakukan di Menara Kuala Lumpur petang tadi.




Dalam pada itu, kata Natasha warganet perlu matang dalam memberi komen atau melemparkan pandangan kerana ini berkaitan dengan kerjayanya.


“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.


“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” katanya.


Berikut adalah beberapa respon dari netizen yang rata-rata memberitahu netizen tegur sebab sayangkan dia, bukannya dengki atau sengaja nak memburukkannya.






Sumber : utusan online

Post a Comment

0 Comments