Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini punca sebenar kenapa wanita ini terpaksa membuang bungkusan plastik ke dalam sungai Kelantan, sungguh tak sangka!

 


Semalam viral satu video memaparkan seorang wanita membuang satu bungkusan plastik yang dipercayai sampah di sebuah jambatan di Kelantan dari kenderaannya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘tiada kesedaran sivik’.


Tidak ingin terus difitnah oleh netizen yang tidak tahu cerita sebenar, seorang pengguna Facebook bernama Azhar Zamiri tampil menceritakan kisah sebenar di sebalik tindakan wanita terbabit.


Menurut Azhar, keluarga terbabit baru pulang dari berubat secara tradisional di Kuala Krai dan mereka telah diarah oleh bomoh untuk membuang ‘sampah’ itu ke dalam air sungai yang mengalir.


Azhar juga meminta netizen supaya berhenti meng3cam keluarga terbabit yang kini berada dalam kemurungan.


Walaupun cerita tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya, rata-rata netizen menganggap ianya hanyalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk mempertahankan perbuatan wanita itu.


Netizen meng3cam wanita itu tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.


Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan, merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan yang dinaikinya yang menggunakan plat ‘D’.




Netizen berpendapat tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya penc3maran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.

Berikut adalah beberapa respon dari  netizen selepas membaca penerangan dari Azhar yang rata-rata tidak bersetuju dan menganggap ianya hanyalah sekadar alasan untuk melepaskan diri.





 

Kemar4han netizen kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat.


Sumber : cempedakcheese.com

Post a Comment

0 Comments