Header Ads

Breaking

Saturday, January 2, 2021

Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Sabar Nak Dapat Anak

 



Tarikh 1/1/2021 merupakan tarikh keramat bagi pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir apabila mereka berdua sah menjadi kekasih halal.


Majlis perkahwinan mereka diadakan dalam satu majlis yang disambut secara bersederhana di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar meskipun dalam situasi pandemik C0VID-19, Ayda menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kebahagiaannya.




“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar se­perti yang dirancang.


“Di sebalik pandemik C0vid-19 yang membataskan ba­nyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ister dan tidak menolak seandainya cepat dikurniakan cahaya mata.


“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.



“Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya.

Sumber : kosmo via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.