Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Tunjuk Kisah Orang Kaya Projek Berjuta, Aeril Zafril Padam Komen

 


Sejak akhir-akhir memang dah jadi trend penerbit drama menyajikandrama berkisar tema cinta, fantasi serta kehidupan golongan kayangan.


Sama ada sebab tema seperti diatas yang boleh menarik view netizen untuk menonton atau penerbit filem sudah kehabisan idea.


Situasi ini telah menyebabkan penonton mula jadi muak sehingga membuat komen di instagram pelakon Aeril Zafril untuk meluahkan perasan dan ketidakpuasan hati.


"Kenapa padam komen saya, tak betul ke komen saya tu? Tahap cerita Melayu tak habis-habis dengan kahwin, projek juta-juta... Datuk sana, Tan Sri sini.


"Bukan suruh puaskan hati semua orang. Tapi cuba perbaiki mutu drama tempatan, barulah boleh tarik minat orang untuk menonton. Tolong beritahu dengan pengarah sana," tulis seorang netizen.


Difahamkan Individu berkenaan meluahkan pandangannya pada posting berkaitan drama berjudul Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.


Enggan berdiam diri, suami kepada pelakon Wawa Zainal lantas membalas pertanyaan individu berkenaan sambil menyenaraikan lima alasan dia memadam komen tersebut.


Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, individu itu tidak seharusnya terus menghukum sesebuah karya sebelum menonton secara keseluruhan.


"Ketidaksabaran awak mengikut alur cerita ini kerana persepsi awal telah menguasai diri. Jelas terlihat awak bukan jenis mahu menikmati storytelling orang lain yang mungkin tak sama dengan cara awak berfikir.


"Dalam hidup, kita tak boleh selalu merasa diri sentiasa benar. Kena sudi 'pinjamkan' telinga, mata dan hati untuk kisah orang lain juga supaya dapat ibrahnya (pengajaran)," katanya.


Melihat di ruangan komen, majoriti netizen bersetuju dengan luahan hati netizen lain yang menyuarakan pendapatnya.

"saya baru ckp dgn mak saya psl drama melayu🤣 sememangnya mungkin begitu kehidupan org malaysia😅 pelakon mewakili kehidupan nitezen. oh ye mumgkin plot mcm ni ja yg boleh di buat😅 ampun bang jago" - Chie Thie




Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments