Ticker

6/recent/ticker-posts

Bekas Suami DSV Nekad Akan Tuntut Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meninggal Dunia

 


Tuntutan Hadanah yang telah dikemukakan oleh bekas suami Datuk Seri Vida berakhir hari ini apabila mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu membuat keputusan menolak tuntutan tersebut.


Walau bagaimanapun anak mereka berdua iaitu Cik B dan Kacak diarahkan untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bagi mengelakkan ikatan silaturrahim antara bapa dan anak tidak terputus.


Menurut laporan dari rotikaya, Mohd Amin berkata dia menerima dengan lapang dada keputusan mahkamah dan dalam masa yang sama tetap sabar menunggu kepulangan kedua-dua anaknya itu.



Dalam masa yang sama, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan serta berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.


Mohd Amin dan Vida berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.


Bagaimanapun, dua orang lagi anak lelaki mereka iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, meninggal dunia dalam tragedi kebkaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan bekas suami DSV.





SUMBER  ROTIKAYA


Post a Comment

0 Comments