Ticker

6/recent/ticker-posts

Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita? Fatin Afeefa Dedah Perbualan Video Bersama Anak...

 


Sudah lama tidak mendengar perkembangan terkini tentang pelakon berbakat besar, Fatin Afeefa ini. Baru-baru ini, selebriti ini dilihat telah update beberapa luahan perasaan di ig story miliknya beserta sebuah video yang memaparkan perbualan antara dirinya dan anak perempuan, Ivy Herra Sophia.


Dalam video tersebut, Ivy telah memberitahu bahawa dia tidur sebilik bersama bapanya yang juga pelakon dan bekas suami kepada Fatin iaitu Adam Shahz serta seorang wanita dan satu lagi nama yang turut disebut.


Menggelarkan wanita itu sebagai Auntie Candy, anak perempuannya itu turut ditanya adakah mereka semua tidur sebilik dan Ivy memberi jawapan ‘ya’.


Dalam Story tersebut, Fatin turut menulis beberapa luahan perasaan yang menunjukkan dia berasa marah dengan apa yang terjadi.


“Sebelum ini saya dianggap j4hat tetapi saya tidak perrnah melibatkan anak-anak apabila berada dalam sesebuah hubungan. Apatah lagi untuk membawa anak perempuan saya tidur satu bilik dengan orang yang belum saya kahwini. Ini sangat mengarut. Tinggalkan anak saya sendirian.”


Malah, Fatin Afeefa turut mendedahkan bahawa dia juga tidak pernah menerima nafkah daripada Adam sejak empat tahun yang lalu.



Walau bagaimanapun, pelakon Tentang Bulan ini telah memadam entri tersebut dan memuat naik permohonan maaf kerana terpaksa membuka cerita mengenai hal rumah tangganya kepada umum.



Berikut adalah beberapa komen dari netizen..






Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments