Ticker

6/recent/ticker-posts

Sajat dedah ditahan JAIS, mengaku buat pembed4han tukar jantina

 


Baru-baru ini viral satu video usahawan kosmetik terkenal, Sajat yang menangis selepas kena gari.Tapi atas sebab apa masih menjadi tanda tanya. Hari ini beliau telah tampil membuat pendedahan tentang apa yang sebenarnya berlaku tempoh hari.


Sajat menerusi siaran IGTV di Instagram miliknya iaitu @nursajat23 telah menceritakan bahawa dia telah diperlakukan sedemikian rupa oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru.


Apa yang menjadi kekesalan pengusaha kosmetik ini adalah apabila merasakan dia telah dilayan dengan buruk dan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.


Untuk info, Sajat telah disiasat susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 yang lalu di mana dia telah mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Sksyen 16 Shah Alam.



Dipendekkan cerita, Sajat memberitahu bahawa pihak JAIS seolah-olah telah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecderaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana berglut untuk mempertahankan diri.


Namun yang lebih menarik perhatian adalah, Sajat telah meluahkan perasaan kesal kerana didlskriminasi sesetengah pihak hanya kerana penampilannya sebagai wanita.


Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsikan pendapat netizen menerusi laman sosialnya. 


Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa layanan kurang baik yang diberikan JAIS adalah tidak patut kerana Sajat hadir dengan cara baik dan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.


SUMBER : Instagram Nur Sajat via beautifulnara

Post a Comment

0 Comments