Header Ads

Breaking

Wednesday, January 6, 2021

Dah Jodoh Bakal Suami Muda 17 Tahun, Janji Tak Ambil Laki Orang, kata Intan Ladyana

 



Menerusi program MeleTOP semalam, Harris dan Intan berkongsikan lebih lanjut mengenai persiapan perkahwinan mereka hanya tinggal sebulan sahaja lagi.




Dalam pada itu, Harris memaklumkan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung secara sederhana berikutan pandemik COVlD-19 dan akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.



Meskipun berbeza usia 17 tahun, namun rata-rata netizen memuji sikap matang Harris yang terus melamar Intan selepas beberapa bulan berkenalan.




Malah, ada yang mengatakan walaupun berbeza usia namun inilah yang dinamakan jodoh. Kata netizen lagi, sudah tertulis jodoh Intan dengan lelaki muda, asalkan tidak mengambil suami orang.



Semalam, menerusi satu sidang media, Harris dan Intan turut memaklumkan perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta iaitu berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan resepsi.


Ujar mereka lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah pun siap hampir 90 peratus memandangkan sudah membuat persiapan awal.

Artikel dari rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.