Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Terkejut dan Kecewa, Baju Itu Direka Untuk Wanita Free Hair, kata Rizman Ruzaini

 




Semalam selebriti cantik jelita, Natasha Hudson telah menghadiri satu majlis pelancaran produk Crystal C White dimana dia merupakan wajah dan ikon produk. Namun pernampilannya yang memakai gaun telah menarik perhatian netizen dan ramai netizen mengecamnya kerana gaun itu menampakkan sebahagian bahunya.


Pakaian berkenaan menerima banyak kecaman dalam media sosial sementelah Natasha sendiri telah memuat naik gambar berkenaan dalam akaun Instagramnya.

Tampil menjawab isu panas yang timbul itu, pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.


Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi online sejak tiga bulan lalu.



“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.


“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.


“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! Online.


Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.



“Sejujurnya saya m4rah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.


“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Berikut adalah respon dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan selebriti tersebut menggayakan pakaian tersebut yang disifatkan amatlah tidak sesuai untuk digayakan bagi seorang yang memakai tudung khususnya.





Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.


Sumber : kosmo online

Post a Comment

0 Comments