Ticker

6/recent/ticker-posts

Haqiem Rusli 'reject' Sweet Qismina?

 


Menafikan terjadi perselisihan faham antaranya dengan penyanyi Haqiem Rusli, pelakon Sweet Qismina berkata dia yang menarik diri daripada membintangi muzik video single terbaru penyanyi itu berjudul Mimpi.


Ujarnya, dia menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita berhijab dalam muzik videonya itu serta keputusan menarik diri itu dibuat secara baik.

Mengulas lanjut penarikan diri pelakon utama drama Bidadari Salju, Adam dan Sweet daripada video muzik itu, Haqiem berkata, ia hanya salah faham yang terjadi dan bukan berpunca daripadanya.


"Saya tak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi berurusan dengan Adam dan Sweet. Saya akui, pernah menyatakan pendirian jika ada pelakon atau model wanita yang ingin ditampilkan dalam video muzik ini, mereka perlulah bertudung. Jika tidak, maaf saya tidak setuju," katanya kepada BH Online.




Mengikut sumber, Adam dan Sweet sudah tiba di lokasi penggambaran video muzik, tetapi akhirnya mereka pulang apabila berlaku perselisihan faham. Tempat mereka digantikan dengan seorang model.


Haqiem berkata, isu berkenaan mungkin berkaitan dengan pemakaian tudung.

Bagaimanapun, Haqiem, 23, atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, enggan mengulas lanjut dan memanjangkan kisah itu.



"Saya tak nak mengulas lanjut mengenai isu ini kerana saya sendiri kurang jelas apa yang berlaku. Ini kerana urusan dengan Adam dan Sweet diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi. Tambahan pula, mereka adalah pelakon utama drama Bidadari Salju di mana single Mimpi menjadi runut bunyi.


"Bagi saya, bukan halangan dan akan lebih meriah jika Adam dan Sweet sudi turut serta dalam video muzik ini.


"Tetapi, saya percaya semua perkara Allah yang tentukan. Mungkin bukan rezeki saya bekerjasama dengan mereka dalam video muzik ini. Jadi, saya baik-baik sahaja, tidak marah atau kecil hati.


"Bagaimanapun, saya berterima kasih kerana Adam dan Sweet ada niat membantu saya menjayakan video muzik ini," katanya.



Selain itu, Haqiem berharap, lagu ciptaannya bersama Datuk A Aida itu mampu mencipta tuah buatnya.


"Saya harap single Mimpi berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi single Selamat Tinggal Sayang.


"Single ini buah tangan saya pada tahun baharu buat peminat yang disayangi, apa kata, kita bagi tontonan lebih 50 juta pula kali ini," katanya.


Katanya, dia turut meletakkan harapan yang tinggi buat single Mimpi.


Berikut adalah respon dari netizen.






"Bohonglah, jika kalau saya kata tidak letak harapan tinggi. Ini karya ciptaan dan dendangan saya, tentulah saya mengharapkan sesuatu yang baik hasil daripada kerja keras.


Sumber : berita harian

Post a Comment

0 Comments