Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan hati seorang frontliner khas buat rakyat Malaysia yang sudah semakin leka...

 


Yang dikasihi Tuan-tuan,Puan-puan dan Cik-cik Puan masyarakat Malaysia…


1. Sungguh kami berharap, anda dan semua keluarga berada dalam keadaan yang baik, sihat dan bahagia. Ramai yang bercuti dan ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan kenduri di sana sini. Kami doakan perkahwinan yang bahagia ke anak cucu.


2. Sebelum bermulanya musim cuti, kami telah cuba berpesan yang wabak C0vid19 masih bermaharajalela. Pesan kami mudah : pakai mask, jarakkan sekurang-kurangnya 1 meter di tempat makan dan jangan bersalam atau bersentuh dengan sesiapa. Basuhlah tangan atau guna sanitizer jika bersentuh dengan objek yang disentuh orang.


3. Ketua Pengarah kami nampak keletihan dan semua di KKM bertungkus lumus untuk menangani kes yang tidak turun bahkan meningkat naik. Kelmarin 2,295 kes baru dicatatkan. Anda dapat lihat keletihan yang terukir di wajahnya. Namun dia gagahkan sebagai isyarat semangat untuk kami semua terus memberikan yang terbaik di lapangan, klinik, hospital dan bilik-bilik gerakan.


4. Pada ketika ini, di hospital, kami melihat lebih banyak kes yang mulanya masuk dengan jangk1tan paru-paru tetapi menjadi positif kemudiannya. Ada juga staf yang dijangkiti C0vid dalam bekerja menangani kes-kes ini.


5. Jumlah katil di hospital juga kerap penuh menyebabkan lambakan kes di Jabatan Kecemasan seluruh negara. Kami amat b1mbang dengan adanya ledakan kes, kes-kes yang mungkin di antaranya ibu, bapa atau saudara anda semua akan tersadai kerana melebihi kapasiti yang ada. Jangan lupa, dalam keadaan pendemik ini, kecemasan lain seperti tr4uma, serangan jantung, strok dan sebagainya masih berlaku dan juga perlu ditangani.


6. Dalam keadaan kami berterusan berpesan, menjadi mimpi ngeri kepada kami melihat kedai-kedai dipenuhi dengan orang yang makan dengan jarak kurang 1 meter. Tentulah mask dibuka. Meja-meja berhampiran pula dicantumkan. Tentulah v1rus dengan mudah dapat melompat di meja.


7. Luluh hati kami melihat di kenduri-kendara, tanpa sekuman pun rasa bersalah, mask dibuka dan gambar kenangan diambil dengan semua berdiri dekat (dan tanpa segan silu dikongsi pula di media sosial). Bila mask dibuka dan berada kurang 1 meter, tentulah v1rus mudah melompat.


8. Meja makan kenduri juga ada yang diatur kurang 1 meter antara satu sama lain. Kenduri menjadi ‘kedai makan besar’ dengan ‘pengecualian’ dari syarat yang disyorkan di kedai makan (2 orang satu meja). Setidak-tidaknya jarakkanlah kerusi supaya lebih 1 meter antara entah siapa di meja yang sama. Katerer juga boleh mainkan peranan untuk ini.



9. Luluh hati juga melihat orang masih bersentuh, bersalam, berpeluk dan cium. Mereka ini adalah ‘saudara jauh’ yang malah mungkin datang dari ‘zon merah’. C0vid tidak kenal saudara. Jika seorang saudara bawa C0vid, habis yang lain kena.


10. Luluh hati juga melihat rakan-rakan yang ‘bersentuh genggaman tangan’. Bukankah itu masih ‘sentuhan’? Apalah salahnya untuk salam dari dada. Bila bersentuh, kalau ada C0vid maka berpindahlah kuman.


11. Luluh hati juga melihat di tempat membeli belah, orang ramai tidak lagi peduli untuk ‘menjauhkan’ diri supaya jarak lebih dari 1 meter. Beratur pun semakin hari semakin dekat.


12. Luluh hati melihat di tempat berjogging, rakan-rakan yang tidak memakai mask berjalan dalam satu kumpulan kurang dari 1 meter. Yang berjogging atau beriadah bila bertembung bukannya menjauhkan haluan supaya lebih 1 meter, malah datang hingga hampir bersentuh bahu.


13. Luluh hati juga mendengar ada yang berkata pandemik ini satu ‘pembohongan’. Namun bila ditanya, kalau bukan kerana C0vid, bagaimana lebih 1.7 juta orang di dunia sudah m4ti dan semua mereka positif C0vid (bersamaan jumlah seluruh penduduk Kedah lenyap) ? Mereka diam, gagal menjawab dan sudahnya cuba menjual ‘produk’ tertentu maka terserlah akhirnya agenda b0hong mereka.


14. Luluh hati juga yang berkata dapat C0vid ini macam selesema sahaja. 80 % orang mendapaf gejala ringan manakala 20 % lagi teruk, perlu ICU dan bertar0ng nyawa. Bagi yang 80 % ini pula, jika tidak diasingkan akan menyebarkan C0vid kepada keluarga sendiri, rakan-rakan dan orang ramai.


Apabila sampai kepada orang tua atau ada r1siko lain seperti kencing manis, mereka akan mendapat gejala teruk. Berbilion habis untuk skrin mereka yang lain, berbilion habis untuk wujudkan dan beri ubat dan makanan di pusat rawatan. Ranaplah ekonomi macam ni.


15. Kita sudah ada perlindungan yang berkesan dan ianya murah dan BOLEH dilakukan oleh anda semua. Pakai mask dan jarakkan 1 meter dalam keadaan tidak pakai mask – di tempat makan, kenduri, beriadah dan sebagainya.


Bila berjumpa dengan orang di majlis, tunduklah sedikit dan letakkan tangan di dada. Ia satu penghormatan kepada orang dengan cara yang selamat. Ia juga peringatan kepada orang yang anda orang yang patuh SOP dan isyarat untuk orang lain juga patuh SOP. Kenapa ia terlalu sukar kepada anda?


16. Tuan-tuan, Puan-puan dan Cik-cik Puan. Perang virus ini masih jauh dari selesai. Walaupun ada berita tentang vaksin tetapi sudah ada mutasi baru yang mungkin memerlukan vaksin yang lain pula. ‘Mask dan jarak 1 meter bila mask dibuka’ adalah ‘vaksin’ yang sudah sedia ada. Gunalah ‘vaksin’ yang ada ini sebaiknya sementara belum ada vaksin yang berkesan sepenuhnya.


17. Mainkanlah peranan anda untuk pecahkan rantaian vaksin. Berikan peringatan patuh SOP dengan tunduk dan salam dari dada. Jika demikian dilakukan, anda orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam memenangi perang ini.


18. Janganlah pula orang yang cuba mengikut SOP dilekehkan atau dikatakan ‘poyo’. Mereka adalah pahlawan yang cuba melakukan apa yang wajar untuk menangkan perang. Malah mereka ini sayangkan anda dan mahu pastikan tiada virus yang merebak.


19. Tidak ada gunanya jika kita hanya bertanya adakah kita ada cukup katil untuk kes yang sedang meledak tetapi anda sedikitpun tidak memainkan peranan menghentikan rantaian C0vid ini dengan mask dan menjarakkan diri lebih 1 meter.


20. Perang ini tidak dimenangi di hospital atau pusat rawatan. Ia dimenangi apabila ANDA semua 100% bergandingan memecahkan rantaian C0vid dengan mask dan penjarakan 1 meter ini. TIADA PENGECUALIAN.


21. Kita menang kerana ANDA. Kita gagal dan hancur juga kerana ANDA.


Semoga anda semua selamat, dirahmati Tuhan dan bahagia bersama keluarga.


Sementara itu, diruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen turut mengecam mereka yang mementingkan diri sendiri sampai mengabaikan SOP yang telah ditetapkan, mana slogan yang dilaungkan kita jaga kita dan kita semua frontliner kalau semua main redah ikut suka je?






Kredit; Dr Alzamani Mohammad Idrose

Frontliner

Post a Comment

0 Comments