Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya maafkan seikhlas hati Syamira Safiya, kata Neelofa

 


Pelakon dan pengcara, Neelofa memaafkan individu bernama Syamira Safiya yang membuat fitnah terhadapnya di laman Twitter dan laman sosial lain pada 26 Disember lalu.


Neelofa dalam hantaran di Instagran Story berkongsi kenyataan itu dengan disertakan tangkap layar artikel permohonan maaf Syamira itu yang disiarkan dalam Harian Metro, hari ini.

"Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu," tulisnya.


Dalam hantaran sama, Neelofa turut menitipkan nasihat buat individu itu.



"Adik, kamu masih muda baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat," tulisnya.


Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dengan mendakwa Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz sudah berkahwin di Kelantan, Neelofa membuat pemindahan wang ke akaun Riz dan terkena minyak pengasih.



Syamira kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi laman Twitter yang menjelaskan dia tidak ada niat jahat ketika muat naik ciapan itu.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan Neelofa menafikan semua tuduhan yang dilemparkan menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan media yang diedarkan kepada pihak media, minggu lalu.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments