Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Berkira Walau Terpaksa Guna Duit Sendiri Turap Jalan, Lando Zawawi Dan Brotherhood Tak Harap Balasan

 


Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya pelakon Lando Zawawi atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi. Mungkinkah dia kini sudah bersara atau sudah tiada lagi tawaran berlakon disebabkan sa1ngan seng1t dalam industri seni?


Sebenarnya, dia tidak menghilangkan diri tetapi sehingga kini Lando sedang gigih menjadi seorang aktivis dan menjalankan kerja-kerja amal menurap jalan raya r0sak dan berlub4ng di lokasi yang tertentu.


Malah, modal yang digunakan untuk menurap jalan menggunakan duit poketnya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.


Semalam, pihak The Star menemubual pelakon berusia 46 tahun itu dan merakam videonya yang sedang giat melakukan kerja penurapan lub4ng bersama kumpulannya.

Menurut Lando dan rakan-rakan, mereka telah membaikpulih ribuan lub4ng atas jalan raya sejak tertubuhnya kumpulan terbabit pada 2007 lalu.


“Kami di sini hanya untuk satu benda, iaitu memastikan jalan raya lebih selamat. Saya pembayar cukai, dan mereka semua juga pembayar cukai. 


“Kalau ikutkan, kami tidak perlu melakukan benda ini. Sedangkan kami boleh balik rumah dan tidur, tetapi kami masih perlu melakukannya kerana ramai yang meningg4l dunia akibat lub4ng atas jalan raya.

“Jadi, sebab itulah kami di sini. Kamitya.ak mengharapkan sebarang balasan pun,” luah Lando kepada wartawan The Star.


Tambahnya lagi, kerja-kerja amal tersebut dilakukan oleh sukarelawan hamp1r setiap malam di beberapa negeri menggunakan campuran sejuk asphalt dan membran bitumen.


Menerusi video itu, wartawan Joshua Lim mengagumi kegigihan Lando dan kumpulannya kerana sanggup berbasahan di dalam hujan tengah pagi demi menjalankan kerja amal mereka terhadap orang ramai.

 

“Mereka basah lencun dan menggunakan peralatan sendiri, mereka menggunakan duit poket sendiri semata-mata mahukan jalan raya yang selamat buat semua orang,” jelas Joshua.

Apa yang lebih menyentuh hati dalam video tersebut adalah apabila salah seorang mangsa kemalangan langgar lubang yang telah kehilangan sebelah kakinya, turut serta membantu kerja-kerja amal yang dijalankan Lando dan kumpulan.



Dalam pada itu, Lando turut menyatakan harapannya agar pihak berkuatkuasa mengambil t1ndakan terhadap 1su tersebut kerana baginya, dia tidak boleh melakukan kerja baikpulih itu selama-lamanya.


Ikatan Silaturrahim Brotherhood atau ‘The Brotherhood’ mempunyai sebanyak 54 kumpulan dan terdiri daripada 10,500 ahli di seluruh negeri.


Kumpulan yang ditubuhkan oleh Lando tersebut mula beroperasi menjalankan kerja sukarelawan sejak lebih sedekad lagi.


Sumber: The Star (Joshua Lim) via @PENMERAH

Post a Comment

0 Comments