Ticker

6/recent/ticker-posts

Pernah pakai gaun yang sama seperti Natasha Hudson, Pavitra minta tutupkan bahagian bahu, kata Rizman Ruzaini

 


Nampaknya isu gaun yang terbuka dibahagian bahu seperti yang dipakai Natasha Hudson tidak berapa lama dulu masih belum berakhir. Terbaru, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini ada memuat naik status di ignya seorang personaliti

masakan youtube, Pavitra juga pernah memakain gaun yang sama tetapi beliau meminta agar bahagian terdedah itu ditutup semasa menjalankan sesi fotografi majalah online pepatung tahun lalu.


"Menjenguk semula betapa elegannya Pavitra memakai Rizman Ruzaini untuk sampul hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP. Ini merupakan kali terakhir dres ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.

"Berkongsi kisah menarik tentang Pavitra, gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu.




"Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavitra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through dan ditambah lipatan berlisu), yang mana Pavitra kurang selesa.

"Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna," dedah Rizman Ruzaini.
Permintaan Pavitra itu dipersetujui penata gayanya dan cara itu menyenangkan Rizman Ruzaini biarpun wanita itu bukan selebriti gred A.

"Penata gaya menghormati permintaan Pavitra dan menggayakan mengikut keselesaannya. Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu.

"Pavitra pun bukan selebriti gred A, tapi kami masih gembira untuk bekerjasama dengannya dan berbangga apabila seseorang individu itu menggayakan rekaan kami dengan cara yang elegan dan punyai kelas tersendiri,"


Kisah ini bermula apabila Natasha Hudson telah memakai gaun yang terdedah dibahagian bahunya ketika menghadiri satu majlis pelancaran produk suplemen pada Selasa lalu.

Natasha bagaimanapun berkata dia tiada masalah untuk menggayakan gaun terbabit dan tidak kisah dengan kecaman netizen.

Susulan kejadian itu, pereka gaun tersebut iaitu Rizman Ruzaini tampil menyatakan kekecewaannya dan terkejut dengan selebriti berhijab menyarung pakain tersebut sekaligus menjejaskan reputasi dan imej beliau.

Sementara itu, penganjur acara tersebut tampil dan menasihati Rizman untuk tidak melatah dan menghentam pelanggannya.

Natasha juga dikatakan telah meminta Rizman Ruzaini untuk membuat permohonan maaf

Sumber : Gempak

Post a Comment

0 Comments