Header Ads

Breaking

Friday, January 1, 2021

(VIDEO) Ibu TerkiIan Selepas Anak Perempuan Dibotakkan Tanpa Minta lzin Semasa Duduk Dengan Neneknya.

 


Zaman sekarang sudah tidak menjadi satu kejanggalan apabila ibu dan bapa terpaksa bekerja. Ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga mungkin sudah terbiasa bekerja sebelum berkahwin.


Ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak dan ada juga yang mengharapkan ihsan dari orang tua untuk menjaga anak mereka semasa mereka bekerja.


Viral sebuah video di apps tiktok apabila dikatakan sepasang suami isteri yang meluahkan rasa terkilan apabila mendapat khabar berita rambut anak perempuan dibotakkan oleh nenek mereka tanpa izin.


Wanita itu menyangka si anak baik-baik sahaja keadaan apabila berada dibawah jagaan ibunya, namun sebaliknya berlaku apabila dikejutkan satu 1ndisen luar jangkaan.


Ibu muda tersebut yang dikenali sebagai Novilia Sari meluahkan rasa terkejut yang amat sangat gara-gara rambut anak gadisnya telah dibotakkan oleh si nenek tanpa izin mereka berdua.


Bukan itu sahaja, jika dilihat dalam video ke 2 suaminya turut menunjukkan reaksi yang sama apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.



Tambahnya lagi , meskipun keadaan rambut si kecil itu tidak sekata dan lebat, namun ia masih cantik dan tidak perlu sampai dicukur botak. 


Walau pun sedih tapi dia dan suaminya tetap reda dengan apa yang sudah berlaku.Menurut si ibu, dia melakukan tindakan tersebut supaya selepas ini rambut cucunya akan tumbuh kembali dengan lebat.




Video tersebut mendapat lebih dari 6 juta tontonan, jika dilihat di ruangan komen ramai netizen yang meluahkan rasa simpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.Walaupun begitu ada segelintir yang menyokong tindakan nenek tersebut kerana berdasarkan pengalaman orang tua-tua dulu, tindakan cukur rambut dibuat kerana mahukan rambut tumbuh dengan lebat dan sekata.





Sumber TikTok noviliasari21

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.