Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) ‘Kami hanya mahu mak gembira’ – 6 beradik buat kejutan hadiahkan ibu rantai emas guna wang i-Sinar

 


Seperti yang ramai sedia maklum, mereka yang lulus permohonan iSinar sudah mula mendapat pembayaran kali pertama bermula pada 5hb 1 yang lalu.


Masing-masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut.


Namun, berbeza pula dengan adik-beradik ini yang mendahulukan ibu mereka dalam membelanjakan wang tersebut.



Menerusi siri video dimuatnaik oleh Norsilawati Mohamad di TikTok, dia dan adik beradiknya yang lain berpakat membuat surprise untuk ibu mereka.

Momen ketika ibunya terkejut melihat gelang itu sambil menangis terharu menarik perhatian ramai.


Mak yang tunggu kami pergi kerja seawal subuh kat beranda rumah

Menurutnya, idea berkenaan dipersetujui lima adik-beradiknya yang lain sebelum mereka pergi ke kedai emas untuk membeli perhiasan tersebut.


Mereka kemudiannya meletakkan rantai emas itu di dalam bungkusan KFC sebagai kejutan buat ibu.


Apabila ibu mereka membuka kotak berisi rantai emas tersebut, maka berjujuranlah air mata warga emas itu sebagai tanda kegembiraan.


Norsilawati berkata, dia dan adik beradiknya sanggup melakukan apa sahaja demi melihat ibu mereka gembira.


“Bila kerajaan bagi i-Sinar ni, benda pertama yang kami fikir bukan untuk peribadi, tapi untuk mak. Nak mak senyum, nak mak gembira.


“Alhamdulillahh, i-Sinar gunakan la sebaiknya. Kami hanya ada mak sahaja, InnshaaAlllah kami akan bahagiakan mak dengan cara kami,” ujarnya.

 

Video kejutan itu kemudiannya dimuat naik ke aplikasi Tiktok dan menerima reaksi positif dari netizen.





Sumber : siakapkeli

Post a Comment

0 Comments