Ticker

6/recent/ticker-posts

Nama kena petik jadi peIacur kelas atasan, Tiz Zaqyah bengang dan bersumpah tidak terlibat!

 




Tiada angin tiada ribut tetiba nama pelakon cantik manis yang pernah popular menerusi drama bersiri Nur Kasih ini terkejut dan tidak menyangka namanya turut dikaitkan terlibat dengan aktiviti pelacuran kelas atasan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pendapatan lumayan.


Menyifatkan tud0han itu sangat keterlaluan, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, bagaimanapun tidak bimbang kerana tidak pernah terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.


"Sumpah tak ada (tidak terlibat)... nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?


"Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana... saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni. 


"Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar," katanya kepada mStar.

Tiz ditemui di set penggambaran drama Diva Popular di Ampang, Selangor.



Sementara itu ujar Tiz lagi, dia tidak terkejut dengan dakwaan skandaI s3ks membabitkan selebriti kerana ia sering dilaporkan media.


"Tapi perkara ini (skandaI s3.ks) saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.




"Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya... saya tak terkejut, ia berlaku.

"Mungkin dalam kalangan kita pun ada... tapi itu mungkin cara mereka cari duit," katanya.

Berikut adalah beberapa respon dari netizen berkenaan isu panas ini.





Menerusi laporan media sebelum ini, terdapat beberapa selebriti wanita dan dan influencer terkenal didakwa menawarkan perkhidmatan menjual tubuh demi kesenangan hidup.

Selebriti wanita yang terlibat dikatakan mengenakan bayaran perkhidmatan sehingga RM30,000 untuk satu malam.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments