Ticker

6/recent/ticker-posts

VIP Tawar Reen Rahim RM32,000 untuk layan nafsu serakah selama tiga jam sahaja

 


Dikurniakan pakej serba lengkap dengan kulit wajah sawo matang bak aktres Bollywood, siapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpegun.

Diam tidak diam, Reen Rahim sudah bertapak dan menghulurkan salam perkenalan sebagai anak seni sejak lapan tahun lalu.


Bermula dengan tiket pelakon tambahan, lama-kelamaan satu demi satu bakat seni dalam diri dipersembahkan kepada umum.


“Alhamdulillah, saya sendiri pun tidak sangka rupa-rupanya sudah lapan tahun terlibat dalam dunia seni lakonan.


“Rasanya macam baru semalam pergi uji bakat dan perlahan-perlahan bertatih untuk jadi pelakon,” selorohnya bersulam saat membuka bicara bersama Pose baru-baru ini.


Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, bersyukur dengan rezeki yang sentiasa menyebelahinya hingga ke saat ini.


Perempuan simpanan


Tutup soal kerjaya, Reen yang namanya mula melet0p-melet0p dan menjadi perhatian menerusi watak Kak Su si mulut celvpar menerusi drama popular Pujaan Hati Kanda turut tidak terlepas daripada kontr0versi.


Bukan kontr0versi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, sebaliknya, dugaan terbesar yang menghimpit hidup Reen ialah tawaran hidup mewah sebagai perempuan simpanan.

Akui Reen, jika sekadar mahu hidup mewah tanpa perlu membuktikan kemampuan bakat, sudah lama dia menjadi wanita kaya. Bahkan tawaran sedemikian pernah datang ke dalam hidupnya sejak dia belum dikenali sebagai pelakon.


“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsv serak4hnya selama tiga jam.


“GiIa bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” tuturnya yang berdepan tawaran memualkan itu sekitar bulan puasa tahun lalu.



Jelas Reen, mujurlah pegangannya masih kuat. Tuhan masih menjaga hatinya dan awal-awal lagi dia berjaya mengelak daripada menyahut tawaran berkenaan.


Akui Reen, dia belum terdesak dan masih waras dalam membezakan baik buruk angkara dunia, selain ada pegangan agama serta maruah keluarga yang perlu dijaga.


Akuinya lagi, mungkin perkara tersebut berlaku rentetan sikapnya yang gemar dan sering berpakaian mencol0k mata dan s3ksi tidak seiring dengan watak yang dipegang.


Sumber : Kosmo Online!

Post a Comment

0 Comments