Header Ads

Breaking

Sunday, January 10, 2021

Kenyataan gores hati, Natasha Hudson tuntut Rizman Ruzaini mohon maaf

 


"Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.


"Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.


"Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya? Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli," katanya kepada mStar.


Menurut pelakon filem Chermin itu dia agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.



"Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.


"Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.


"Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita google busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.


"Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati," katanya


Natasha mengakui kekhilafannya apabila menggayakan busana yang dilihat tidak sopan diperagakan oleh seorang yang membawa imej bertudung.


Pelakon itu juga menafikan ia adalah gimik agar namanya diperkatakan susulan pelantikannya sebagai duta produk tersebut.


"Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing-masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.


"Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk yang saya wakili," ujarnya.

Berikut adalah respon dari netizen.





Nama Natasha kembali hangat diperkatakan dek penularan busana putih yang kelihatan seperti mendedahkan bahu dan betisnya yang dilitupi dengan lapisan kain berwarna seperti kulit.


Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.