Ticker

6/recent/ticker-posts

Adly Zahari Cadang Dr Noor Hisham individu Yang Lebih Layak Jadi Menteri Kesihatan

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mencadangkan agar Datuk Dr Adham Baba ditukar segera dengan individu yang lebih layak untuk menjadi Menteri Kesihatan supaya pandemik Coovid-19 dapat ditangani dengan lebih baik.


Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah paling layak dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Adham.


Menurutnya, Malaysia tidak boleh lagi terus bergantung harap kepada menteri yang lemah dalam memrngi gelombang ketiga wabak berkenaan.


“Sekiranya sukar untuk mendapatkan menteri yang berwibawa sebagai Menteri Kesihatan, saya ingin mengesyorkan supaya Ketua Pengarah Kesihatan dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

“Alang-alang darurat, biarlah tenaga profesional membuat dasar dan melaksanakan proses memrngi Coovid-19.



“Jika kita masih ditakuk lama dan Perdana Menteri tidak bersedia menukar Menteri yang lemah, maka apa makna darurat kalau bukan kerana politik,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pada masa sama, beliau mengingatkan, dalam keadaan darurat, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanalan perubahan tersebut.


Sekiranya tidak, Adly yang juga Bendahari Agung AMANAH berkata, ia sekadar akan mengesahkan bahawa Perdana Menteri lemah didukung oleh menteri yang lemah.



Beliau turut mengambil contoh Menteri Kesihatan New Zealand yang meletakkan jawatannya selepas didapati terlibat dalam aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan berkelah di pantai.


Jelasnya, jawatan Menteri Kesihatan kemudiannya diberikan kepada Menteri Pendidikan untuk memrngi Coovid-19, di mana hasilnya hari ini New Zealand menjadi negara terendah dijangkiti Coovid-19.


“Menunggu Menteri Kesihatan Malaysia meletak jawatan seperti menunggu ‘kucing bertanduk’, rakyat boleh menilai keupayaan beliau,” katanya.


Sementara itu, menurut Adly, tanggungjawab melawan Coovid-19 melalui Menteri Pertahanan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan urus selia vaksin melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mesti ditamatkan dan diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan.


Lim: Noor Hisham boleh jadi menteri kesihatan lebih baik dari Adham


Melalui laporan yang dibuat oleh MalaysiaKini sebelum ini Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang percaya bahawa Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah lebih sesuai menjadi menteri kesihatan.


Lim membuat kenyataan itu selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sekali lagi mengundang krltikan susulan kenyataannya berhubung “500 negara”.


 

“Ramai yang akan setuju, bukan saja dalam negara tapi juga luar negara, sekiranya Noor Hisham menggantikannya (Adham) sebagai menteri kesihatan,” kata Lim dalam kenyataan media hari ini.


Lim merujuk kontroversi kenyataan Adham sebelum ini yang menyebut beliau membuat persidangan video dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang terdiri daripada “500 negara”.


Kenyataan Adham itu menjadi bahan jenaka di media sosial dan mendapat kritikan.


Adham kemudian menjelaskan bahawa beliau salah sebut dan sebenarnya ingin mengatakan “500 peserta”.


Bagaimanapun, Lim membidas penjelasan Adham.


“Untuk mesyuarat lebih 500 peserta, ia akan melanggar peraturan penting dalam musim Coovid-19, iaitu penjarakan sosial.


Terkini 2 Kluster baru cov-19 dikesan KKM - Dr Noor Hisham


“Adham perlu berikan perincian dan buktikan sidang video itu yang didakwa melibatkan 500 peserta.


“Jika tidak boleh berbuat demikian, mungkin dia patut letak jawatan,” katanya.

 

Adham sebelum ini menjadi trending di media sosial dan merupakan carian paling popular di Malaysia berdasarkan data Google.


Menurut Google Trends, lebih 10,000 carian yang mempunyai kaitan dengan menteri berkenaan.


Kontroversi terbaru melibatkan Adham itu hadir kira-kira sebulan selepas beliau dikecam kerana mencadangkan bahawa minum air suam dapat mencegah jangkitan Coovid-19.


Pendapatan Lebih RM152840 sebulan, Asri Janggut “Persoal kejayaan” Menteri Kesihatan dan Timbalan


Asri Janggut pada kali ini mempersoalkan apa kejayaan yang telah dibuat oleh 3 orang individu yang memegang portfolio di Kabinet sebagai Menteri Kesihatan dan TImbalan-timbalannya.


Menurut Asri Janggut, pendapatan bulanan ketiga-tiga inidividu ini lebih RM152 ribu sebulan tetapi apakah kejayaan yang telah mereka bawa.


Untuk pengetahuan berikut adalah pendapatan bulanan : Menteri – Dr Adham Baba RM57,845.63 Timbalan Menteri 1 Dr Noor Azmi – RM45,347.65 Timbalan Menteri 2 Aaron Ago Dagang- RM49,647.65. Jumlah keseluruhan RM152,840.93 sebulan.


Perkongsian Asri telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.


Ada diantara wargamaya mengatakan bahawa lebih baik jika semua menteri transparent kepada public apa pencapaian dan hasil kerja yang mereka sudah dan sedang buat supaya rakyat dapat memhami dan terima dengan gaji yang telah mereka perolehi kata Wan Syahir.


Ada juga yang mempersoalkan mereka ini dapat gaji dengan baik sedangkan peniaga terpksa PKP 4 minggu.

Post a Comment

0 Comments