Header Ads

Breaking

Wednesday, February 10, 2021

Digelar mertua dari neraka, ini respon ibu Aiman Tino

 


Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi Aiman Tino apabila ibunya Hazelina Mat Jalil mendakwa anaknya sudah berubah serta sukar dihubungi dan mendakwa dikongkong oleh seorang wanita.


Bagaimanapun, Aiman sudah pun tampil memberi kenyataan bahawa apa yang terjadi hanyalah salah faham dan kerana tabiatnya yang lambat membalas mesej. Ujarnya, selepas mendapat tahu mengenai perkongsian ibunya, dia terus pulang ke rumah.


Nampaknya, kontroversi terpalit Aiman belum lagi selesai apabila ibu Aiman mendedahkan menerima mesej daripada netizen menggelarnya ibu mertua dari neraka gara-gara sibuk urusan anaknya.



Menerusi entri itu, Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukannya adalah demi anak tersayang dan untuk membawa anaknya ke syurga. Malah, Hazelina turut mengatakan selama ini dia berpenat lelah membesarkan anaknya tetapi ada yang mengikis anaknya.


Perkongsian Hazelina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan semangat buatnya untuk menyelesaikan hal keluarga. Kata netizen, hanya ibu sahaja yang tahu baik buruk untuk anak mereka dan orang luar tidak berhak masuk campur.


Dalam pada itu, Hazelina turut mengucapkan terima kasih  kepada anak-anaknya yang lain, saudara mara serta rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan kata semangat dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anaknya.


Sumber : rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.