Ticker

6/recent/ticker-posts

Ditegur bapa saudara kerana tak tutup aurat depan Al-Quran, Reen Rahim tampil maaf kepada semua

 


Pelakon sensasi, Reen Rahim memohon maaf atas keterIanjuran dan silapnya yang berpakaian menampakkan bahagian bahu dan belakang badannya ketika mahu mengaji al-Quran bersama ibunya.


Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, menerusi hantaran dalam Instagram membuat permohonan maaf tersebut selepas ditegur oleh bapa saudaranya.


“Assalam adik (Reen). Maaf sangat-sangat. Boleh tak p0tong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap,” kongsinya menerusi satu tangkap layar WhatsApp bapa saudaranya.



Dalam pada itu, ibunya turut melakukan perkara sama dengan menitipkan pesanan berbaur nasihat kepada Reen..


“Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit.


“Tapi Allah kesian dekat ibu. Digerakkan hati uncle kau mewakili ibu. Potong ya dik sebab niat uncle dengan niat ibu sama. Kebetulan dia lebih cepat.



“Jangan sebab kesilapan sedikit yang kau terlepas pandang tu, dapat kemurkaan Allah. Please cut (tolong sunting) gambar itu, sebab depan al-Quran dan wajib jaga adab,” tulis ibunya menerusi WhatsApp kepada Reen.


Sementara itu, Reen ketika dihubungi Kosmo! mengakui kesilapannya sebelum bertindak memuat naik video tersebut dalam YouTube dan Facebook miliknya. Katanya, dia patut lebih sensitif.

“Sebenarnya saya sendiri tidak perasan dan terlepas pandang perkara tersebut. Setelah ditegur bapa saudara yang agak rapat dengan saya termasuk ibu, barulah saya sedar kesilapan sendiri.



“Tak sampai setengah jam saya muat naik dalam media sosial, ramai yang DM (direct message) mengatakan saya bladap dan tidak peka. Isunya disebabkan ada al-Quran di sisi dan pada masa itu ibu sedang mengaji,” katanya.

Sumber : kosmo

Post a Comment

0 Comments