Header Ads

Breaking

Wednesday, February 3, 2021

Intan Ladyana Berdebar Nak Tamatkan Zaman Bujang Jumaat Ini

 



Intan nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berkata, inisiatif itu dilakukan bagi menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.


"Dalam rezeki saya, ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan bekerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk.


"Jadi, saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan.



"Kami memberikan sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat C0vid-19.


"Saya sendiri dibesarkan oleh ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu bersusah-payah membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal," katanya.


Intan turut meluahkan rasa terharunya apabila pihak Seri Lady bukan saja mempercayainya untuk menggalas tugas sebagai duta, malah amat mendukung usahanya untuk sama-sama menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.


Ditanya mengenai persiapan perkahwinan pelakon yang kembali hangat menerusi drama Bougainvillea dan terbaharu, Hari Kita Jatuh Cinta ini, dia mengakui berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif, Jumaat ini, selepas hampir setahun menjalinkan hubungan.



Majlis pernikahan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.


"Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes C0vid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis. "Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar," katanya.


Sementara itu, pengasas Seri Lady, Juzailah Shariff berkata, program murni yang diusahakan bersama Intan itu diharapkan dapat memberi senyuman kepada ibu tunggal.



"Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan ibu saya membesarkan kami adik-beradik yang lain tanpa seorang suami di sisi.


"Jika bukan kerana vlrus C0vid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar dalam memegang peranan ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, hilang punca pendapatan. Justeru itu kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka," katanya yang turut yakin Intan mampu menggalas tugasnya sebagai duta produk dengan baik.


Sumber : harian metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.