Ticker

6/recent/ticker-posts

Azrinaz Mazharhakim Samakan AJL35 Dengan Program Jual Barang!

 


“Apa sudah jadi dengan Anugerah Juala Lagu AJL35 ? Sebuah rancangan tahunan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dengan produksi yang mantap dan gah tetapi bertukar menjadi hambar.

“Bukan saja mere.pek, tapi hilang auranya. Paling mengejutkan, AJL35 kali ini seperti sebuah rancangan menjual barangan spt ‘wow shop’,” katanya.

Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri yang sama, Azrinaz memuat naik foto yang menunjukkan salah satu segmen penaja bersama dua orang hos.

Menurut Azrinaz sepatutnya segmen penaja tersebut tidak perlu dilakukan berlebihan selain mempertikaikan pemakaian hos.



“Dengan segmen khas diwujudkan untuk mempromosi penaja seperti gambar ini. Pemakaian dua host tertera yang ‘out of date’ tiada konsep dan hala tuju.

“Tocang panjang dan huruf nama penaja sebesar-besar alam nak pergi mana? Nak jual baju raya ke apa? Adakah kita masih dalam tahun 1995?

“Pengacara tetap pula ditekankan untuk menyebut nama2 sponsor sepanjang masa sehingga berjela-jela.. buang masa

“Saya teringat program Oscar mahupun Grammy Award, di mana penyampai naik ke pentas dan terus mengumumkan nama pemenang: “And the award goes to..” tidak salah untuk selitkan usikan dan hiburan malah ia amat dialu-alukan, tetapi dengan menyebut nama-nama penaja yang berulangkali sungguh meloyakan,” luahnya lagi.

Membandingkan dengan penganjuran program tersebut sebelum ini, Azrinaz sedikit kec.ewa dengan AJL35.



“Saya mengikuti anugerah ini setiap tahun sejak dibangku sekolah. Malah saya juga pernah secara langsung terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dulu.

“Kalau dulu ia mempamerkan penyanyi yang tiada tolok bandingan seperti Francisca Peter, Aris Ariwatan, Amy Search mahupun penyanyi baru seperti Hazama, Akim Majistrate juga tidak kurang hebatnya.

“Malang sekali tahun ini barisan artist gagal memberikan kIimaks. Sorry but not sorry, AJL 35, you have lost your prestige,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments