Ticker

6/recent/ticker-posts

Otak berada di luar tempurung, ibu mohon netizen doakan pembdahan anaknya ini berjaya

 


Bayi yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala, Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman akan menjalani pembe..dahan membuang lebihan air di dalam kepalanya hari ini.


Ibunya, Fatin Dahlia Fazlin Mazlam, 29, berkata, pembedahan anak kedua dari tiga beradik yang dipanggil Adam itu akan dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

 

“Adam yang genap berusia dua bulan esok (hari ini) akan menjalani pembe..dahan memb.uang lebi.han air di dalam kepalanya pada 16 Mac ini (esok).


“Pakar perubatan yang me­rawatnya memaklumkan sekiranya pembed.ahan tersebut menunjukkan perkembangan positif, prosedur memasukkan otak anak saya ke posisi asalnya ke dalam tempurung kepala akan dilakukan kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Hampar, Manir di sini semalam.



Fatin berkata, pakar perubatan memaklumkan pemb..edahan besar untuk memasukkan semula otak ke dalam tempurung kepala itu akan dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Jelasnya, dia sekeluarga masih belum dimaklumkan lagi kos sebenar pembed.ahan melibatkan Adam oleh pihak hospital.


“Apa pun saya mohon doa orang ramai agar pemb.edahan melibatkan anak saya ini berjaya dan dipermudahkan.


“Besar harapan kami untuk melihat dia membesar sebagai kanak-kanak yang sihat seperti abang dan kakaknya,” katanya.



Kosmo! 24 Februari lalu me­laporkan Sayyid Uwais Al-Qarni atau dipanggil Adam oleh keluarganya dilahirkan dengan keadaan otaknya berada di luar tempurung kepala, lum.puh dari bahagian pinggang, mempunyai lebihan air di dalam kepala dan menghi.dap penyak.it saraf.


Bayi yang dilahirkan pada 13 Januari lalu itu telah menjalani pembe.dahan di bahagian belakang bagi membetu.lkan saraf tunjangnya ketika dia berusia tujuh hari.




Pender.itaan Adam turut mendapat simpati pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu persendirian.

Post a Comment

0 Comments