Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah 180 juta kali pesan, Tolonglah Berhenti Rakam Diri Sendiri Dalam Tiktok, Netizen Minta Guru Terutama Guru Wanita Jaga Imej Profesion Perguruan

 


“Cikgu dah bagitahu 180 juta kali jangan main kain tuala tu dekat atas kepala, muka dan mulut. Hampa tau tak cikgu letak hand sanitizer dekat tuala tu supaya tak nak ada kum,an. Hampa semua boleh pula main letak dekat muka dan mulut,” katanya.


Disebabkan murid berkenaan masih berdegil, guru terbabit memberi am,aran mahu mend,enda mereka berdiri di atas kerusi sehingga tamat waktu belajar.

 

Video tersebut telah dimuat naik ke aplikasi Tiktok milik guru itu sebelum tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk seorang guru Tingkatan 6, Mohd Ridzuan Md Nasir.


Menurut Mohd Ridzuan, tidak salah bagi seorang guru membebel di dalam kelas tetapi tidak perlu merakam video untuk diviralkan di media sosial.


Katanya, penyebaran video tersebut bakal mengundang pandangan kurang baik orang luar terutamanya ibu bapa mengenai tugas seorang guru.

 

Beliau menyeru para guru agar mengentikan aktiviti merakam video sebaliknya menggunakan aplikasi online itu ke arah kebaikan bukannya merakam video ‘ge,dik’ dan ‘ann,oying’.


“Cikgu-cikgu. Tolonglah berhenti rakam diri sendiri sambil membebel kepada murid-murid. Dengan suara yang ‘annoying’, lepas tu buat-buat gedik, sangat-sangat memalukan. Tak sesuai diamalkan.




“Tak salah nak membebel, tapi tak perlu rekod. Buat apa nak tunjuk satu dunia? Nak tunjuk yang cikgu-cikgu ni takde kerja asyik nak membebel je ke?


“Kalau guna Tiktok buat kandungan mengajar masih boleh diterima. Masih ada manfaatnya. Mohonlah jangan menambahkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap profesion keguruan. Kerana nila setitik, ros.ak susu sebelanga,” katanya.


Sumber:  FBMohd Ridzuan

Post a Comment

0 Comments