Ticker

6/recent/ticker-posts

Kongsi Gambar Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Ramai Terkejut Lihat Nonny Nadirah Ubah Penampilan?

 


Nonny Nadirah salah seorang bakat yang dicungkil dari program hiburan realiti ini sudah lama kita tidak mendengar perkembangan tentang diri selebriti yang sudah bertudung ini.


Namun nama Nonny Nadirah tiba-tiba menjadi bualan hangaat pengguna media sosial pagi ini apabila penampilan seorang wanita berbaju putih dengan stokin jaring dimuat naik olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram. Timbul tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah itu Nonny?

Menerusi video berdurasi 38 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.


Hantaran itu turut disertakan dengan keterangan gambar berbunyi 'It's good to be back' (bagus untuk kembali).


Malah, berdasarkan tinjauan di akaun Instagram yang mempunyai 483,000 pengikut itu, dia sudah memadam semua hantaran sebelum ini.


Sementara itu di Instagram Story pula, Nonny memuat naik video sama.




Terdahulu, Nonny, 32, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.


Dalam satu laporan temubual, Nonny diminta pandangannya mengenai segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung.


"Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.



"Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dahulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain.


"Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik," katanya.

Post a Comment

0 Comments