Ticker

6/recent/ticker-posts

Belum habis tempoh iddah tapi sudah keluar merata, tindakan Nadia Brian dipertikai netizen

 


Seperti yang kita tahu, pelakon cantik berbakat besar Nadia Brian baru sahaja sah bercerai dengan bekas suaminya Muizz Nasruddin dengan talak satu.


Mungkin kerana ingin menghiburkan hati yang lara, Nadia Brian dilihat memuat naik sebuah video mempamerkan dirinya sedang berada di sebuah ‘shopping mall’ sambil ‘berposing’ persis model antarabangsa.


Menerusi video tersebut, jelas terpancar kebahagiaan di wajah wanita berusia 30 tahun berkenaan setelah bergelar ‘Miss J’.





Menjengah ke ruangan komen, peminat memuji bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang disifatkan semakin cantik dan ‘berbisa’ setelah kembali ‘solo’.


Makin meletop!Miss J meletvp!


Bagaimanapun di samping menerima ribuan pujian daripada para peminat, timbul pula persoalan ‘kurang enak’ dalam kalangan netizen berkenaan tempoh ”iddah’ seorang isteri setelah bercerai.


Tempoh ‘iddah dah habis ke keluar jalan?

Memandangkan empunya diri baru sahaja bercerai dengan bekas suami, ramai netizen menegur dan menyelar tindakan Nadia yang didakwa seakan tidak mengendahkan hukum agama apabila dilihat keluar rumah biarpun dalam tempoh ‘iddah.


Masih dalam ‘iddah tak boleh keluar merata


Malu sikit sis, nak masuk bulan Ramadan


Terdahulu, Nadia Brian mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bekas suaminya melafazkan cerai talak 1 baru-baru ini.


BEKAS suami kepada Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengakui dia memfailkan percer4ian terhadap aktres tersebut pada Oktober tahun lalu dan mereka akhirnya berpis4h secara sah pada Jumaat lalu.


Mahu memulakan kehidupan baharu tanpa berlengah, Muizz mengambil keputusan untuk melafazkan cer4i di hadapan saksi daripada dua belah pihak di kawasan perumahan Puchong.


Bekas suami Nadia Brian mahu segera bercer4i, tak sempat tunggu mahkamah – “Kami dapat move on dengan kehidupan”


“Saya failkan percer4ian pada Oktober tahun lalu. Namun kerana mahkamah mengambil masa untuk menetapkan tarikh perbicaraan, saya buatkan keputusan untuk melafazkan cer4i di luar mahkamah.


Sumber : https://bartasangbad.site/1477

Post a Comment

0 Comments