Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen bingung tak tahu nak pilih mana satu, Muslim Friendly atau Wallet friendly?

 


Beberapa hari yang lalu, selebriti terkenal Neelofa telah melancarkan produk terbarunya selipar 'muslim friendly' hasil kolaborasi bersama jenama selipar fipper dan ianya kini sedang hangat diperkatakan netizen di laman sosial kerana taglinenya yang diragui ramai.


Selepas mereka memperkenalkan selipar Exclusive Fipper X The Noor Neelofa Slip On Series, tidak ketinggalan mencuri perhatian ialah sebuah kedai kasut jenama terkenal iaitu Bata Malaysia, yang kini turut mempromosikan selipar jenis slip on dan ‘wallet friendly’ kepada umum.


Lihat perkongsian seorang individu di Twitter (@IniAlannn)


Nampaknya jenama kasut yang sudah lama berada di dalam pasaran Malaysia ini berjaya mencuri tumpuan ramai netizen sehingga trending di Twitter, malah ada yang mengatakan bahawa jenama tersebut seakan ‘menyindir’ selipar mesra muslim usahawan terkenal Naelofar tersebut.


Malah, apa yang lebih menjadi perbualan hangat netizen apabila Bata Malaysia turut melantik pasangan selebriti terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin sebagai duta mereka untuk koleksi raya pada tahun 2020.


Berikut adalah reaksi netizen berkenaan isu ini, ada yang cakap akan support selipar muslim friendly dan tidak kurang juga yang menyokong selipar walle friendly.




Untuk rekod, per.ang dingin antara Neelofa dan Fazura sudah lama berlaku dan masih belum selesai sehingga kini.


Ada yang menda.kwa per.ang dingin itu tercetus akibat pereb.utan teman lelaki suatu ketika dahulu, salah faham kerjaya, perkahwinan Fazura bersama Fattah dan sebagainya.


Semoga segala persen.gketaan antara mereka berakhir dan dapat diselesaikan dengan matang dan baik.


Sumber : Twitter IniAlann, Google via hotfm

Post a Comment

0 Comments