Header Ads

Breaking

Wednesday, April 21, 2021

Islam itu syumul, Netizen puji produksi Sheila Rusly tarawih berjemaah di pusat boling

 


Baru-baru ini Sheila Rusly ada memuat naik satu video di instagramnya berkongsikan suasana menjalani solat tarawih di pusat boling yang difahamkan terletak di pusat membeli-belah, One Utama, Petaling Jaya.

Perkongsian itu telah menarik minat netizen kerana biarpun ketika sedang beriadah, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly tidak melepaskan peluang melakukan ibadah dengan bersolat tarawih secara berjemaah di sebuah pusat boling di Petaling Jaya.

“Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya,” katanya.


Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan suaminya, Jinggo sedang mengimamkan solat sambil diikuti kumpulan jemaah lelaki dan perempuan di belakangnya.


“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,”ujarnya.


Biarpun suasana di pusat boling tersebut kelihatan sibuk dengan segelintir pengunjung dilihat sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar dan diakhiri dengan salam bersalaman.



Menerusi keterangan pada kapsyen, difahamkan video suasana solat tarawih di pusat boling tersebut dirakam oleh bakal menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pendekatan Sheila dan keluarganya yang mengimarahkan Ramadan walau dalam apa jua corak kehidupan. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.