Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemuda ini 'BlTTER' dengan video Khairul Aming sampai katakan dia abaikan ibadah waktu bulan puasa

 

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti media sosial, Khairul Aming yang terkenal dengan taglinenya.. 'hey what's up guys'. Khairul Aming sentiasa menghiburkan hati netizen dan tidak lokek berkongsikan resepi istimewa setiap hari.

Namun siapa sangka dalam jutaan netizen yang menantikan video 30 Hari 30 Resepi oleh personaliti media sosial iaitu Khairul Aming, rupa-rupanya ada yang bltter selama ini.

Baru-baru ini viral satu twit yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai @XXXbyefelicia , menunjukkan ada seorang pemuda yang meluahkan pandangan peribadinya mengenai chef media sosial tersebut.



Apa yang mengejutkan netizen ialah pandangan peribadinya itu bagaikan menfltnah dan menunjukkan seolah-olah Khairul Aming itu seorang Muslim yang mengabaikan suruhan agama.

“Terlalu obses sangat dengan content masakan dia sepanjang Ramadhan ni yang mana sepatutnya fokus pada ibadah. Kalau nak hasilkan content ni shoot before Ramadhan and during Ramadhan hang boleh fokus pada hang punya ibadah.”


Ternyata dak.waan itu boleh dikatakan agak melampau kerana sebelum ini Khairul Aming ada memberitahu bahawa video tersebut sudah diambil sebelum bulan Ramadan dan beliau hanya perlu memuat naik di laman Instagram mengikut tarikh yang sepatutnya.

Rata-rata warganet di Twitter turut menyebelahi Khairul Aming dan meminta agar pemuda berkenaan tidak mereka cerita seperti demikian kerana ia sudah dianggap keterlaluan.




Dalam masa yang sama, menghasilkan content memasak merupakan kerja harian Khairul Aming dan tidak salah sama sekali sekiranya beliau sering memuat naik video masakan dan makanan.

Waktu bulan puasa ni seeloknya kalau tak ada benda yang baik nak dikatakan, lebih bagus diam sahaja sebab takut nanti ada hati yang tergurls pula dengan kata-kata kita tu.

Sumber : Hotfm

Post a Comment

0 Comments