Ticker

6/recent/ticker-posts

Jaga Isteri Baik-Baik, Insya-Allah Murah Rezeki Kita, pesan Edika Yusof

 


Sebut sahaja nama pelakon Edika Yusof, sememangnya ramai mengagumi kesetiaan pelakon berusia 54 tahun menjaga isterinya Norhidayah Yusri, yang I.umpuh sejak 16 tahun lalu.


Baru-baru ini, Edika dijemput dalam satu program khas Astro Ria bergelar ‘Borak Kelamin’ bagi bercerita tentang topik ‘Cinta Luar Biasa’.


Menerusi rancangan itu, Edika ditanya oleh pengacara Elly Mazlein dan Awal Ashaari jika dia memasang niat untuk berkahwin lagi. Edika mengakui dia sering ditanya soalan tersebut, malah ibunya sendiri juga pernah bertanyakan mengenai perkara itu.


“Soal mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu,” kataya.


Turut berkongsi cerita, Edika berkata dia membesar dalam keluarga bapanya berpoligami dan melihat kesusahan ibunya membesarkan mereka adik beradik membuatkan dia tidak mahu meI.ukakan hati isterinya.


“Saya lihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin meI.ukakan hati isteri saya sebegitu..” katanya.



Dalam pada itu, Edika berkata daripada memikirkan hal kahwin lain adalah lebih baik agar dirinya membantu isteri untuk pulih semula.


“Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berniaga ‘online’,” katanya.


Ditanya bagaimana seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan sebegitu, Edika berkata jika menjaga isteri dengan baik, kehidupan akan bertambah baik.


“Kita hangan hanya berserah kepada Allah tanpa lakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri jadi lebih baik. Jangan pernah putus asa dan lari dari masalah kerana ia tak membantu.


“Jaga isteri baik-baik, Insya Allah rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam hidup saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik, isteri makin berdikari. Syukur,” katanya lagi.

Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments