Ticker

6/recent/ticker-posts

Michael Ang peIik Sikap Orang Malaysia Suka Tayang Kereta Mewah Tapi Duduk Rumah Sewa

 


Baru-baru ini penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang ada memuat naik satu perkongsian di laman sosialnya yang telah menarik perhatian netizen, perkongsiannya mengenai sikap orang Malaysia yang gemar menayang kehidupan mewah di media sosial.


Kata Michael lagi, dia sungguh hairan dengan segelintir mereka yang gemar menunjuk-nunjuk memakai kereta mewah dan barangan berjenama masih duduk di rumah sewa.


“Kenapa orang Malaysia sanggup tayang dan beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa! Tayang kat media sosial pakai benda berjenama tapi pakai harta orang lain untuk tayang.


“Bagi saya, rumah lebih baik daripada kereta. Sekurang-kurangnya harga rumah semakin naik. Kalau beli sendiri rasa dia jauh lebih sedap dari pinjam benda orang dan tayang cakap benda sendiri.


“Dalam hidup ini tak berhutang, tak mencuri, tak menipu adalah kehidupan yang paling bahagia walaupun rumah flat atau baju Uniqlo saja. Betul tak?” katanya.


Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian, Michael turut memberi pandangan mengenai ganerari muda yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.


“Kenapa anak muda Malaysia ini kalau nak dapatkan kerja bulan dan bintang dijanjikan. Tapi bila dah mula kerja, kerja macam tahi! Sekarang nak dapat kerja bukan senang,” katanya.

"Tak baca ke fasal pembawa grab sampai kena hempap dengan pokok? Bila dah ada kerja tu, kerjalah dengan jujur. Kalau kena m4kl itu mesti ada sebab. Jangan la asyik cakap orang lri hati dengan awak.


"Cermin diri sendiri dulu sebelum nak saI.ahkan semua orang. Orang yang nak berjaya selalunya tak complain banyak. Yang berjaya baru banyak complain! Itulah hakikatnya, betul ke tidak?" ujarnya.


Sumber : rotikaya via mStar 0nIine 

Post a Comment

0 Comments