Ticker

6/recent/ticker-posts

Rentas negeri ketika Aidilfitri dikhuatiri boleh cetus gelombang keempat, kata pakar

 


Pembukaan sempadan untuk merentas negeri ketika Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini selepas peningkatan kes baharu C0vid-19 mencecah 2,000 sehari.


Pakar Epidemiologi dan Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan berkata, perkara itu dibuktikan apabila tercetusnya kluster di Terengganu yang dibawa hasil rentas negeri dari Sabah untuk menghadiri kenduri perkahwinan.


"Kluster ini sudah menjngkiti ramai orang disebabkan perkumpulan tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


"Sememangnya majlis yang diadakan tidak mematuhi SOP dan kita juga tidak boleh kembali semula kepada kehidupan normal sebelum pandemik," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, kebenaran merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini.



"Pandangan saya kalau tengok keadaan semasa, sebelum ini kita pernah mencapai angka selesa di bawah 100 kes, kemudian kita buka sempadan negeri menyebabkan kes naik terus.


"Dalam keadaan sekarang jika kita buka sempadan sedangkan kes melebihi 2,000 sehari, saya rasa tak betullah.


"Saya tidak rasa kerajaan akan membenarkan rentas negeri untuk Aidilfitri," katanya.


Dr Mohd Rohaizat berkata, jika adanya pematuhan SOP tidak akan ada jngkitan sebesar itu malah jika ada pastinya paling minimum.


"Kita dah faham w.bak C0vid-19 ini macam mana dan apa langkah yang perlu kita elak untuk kena.


"Kerajaan sudah menggariskan SOP tertentu, apa yang penting sekarang semua pihak perlu mematuhi SOP dan sekarang kita seolah-olah terlupa mengenai norma baharu.


"Ambang gelombang keempat ini kita tengok banyak disebabkan kluster baharu wujud akibat kenduri dan majlis umum," katanya.



Menurutnya, orang ramai seharusnya tidak menyalahgunakan kelonggaran diberikan kerajaan apabila kes turun.


"Malah saya rasa tiada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan untuk kali ketiga kerana kita sudah nampak kesan besar yang berlaku kepada ekonomi dan kehidupan untuk dua PKP sebelum ini.


"Apa yang perlu kita lakukan hanyalah patuh SOP, jangan terlampau selesa dan jaga diri sendiri sementara Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) sedang berjalan ketika ini," katanya.

Sumber : harian Metro

Post a Comment

0 Comments