Header Ads

Breaking

Monday, April 26, 2021

Muhammad Sajjad bermungkinan besar berada di luar negara, bagaimana dia berada di sana… Wallahualam, kata polis

 




PoIis yakin usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Sajat masih berada di luar negara, dengan menyatakan dia mungkin menggunakan kaedah tertentu untuk berbuat demikian.


Sajat menghilangkan diri selepas waran tang.kap terhadapnya dikeluarkan mhkamah.


Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis menerima pelbagai maklumat daripada orang awam mengenai lokasi keberadaan Sajat termasuk di Thailand.


Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, poIis tidak menoIak kemungkinan usahawan itu kini berada di luar negara.


“Bagaimana dia (Sajat) berada di sana (luar negara), Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang membolehkan dia berada di luar negara. Apa sekali pun, kita (polis) tidak akan putus asa untuk mengesannya.


“Kita akan bantu mengikut kemampuan dan berusaha. Kalau subjek berada dalam negara, Insya-Allah kita akan dapat jejak dan kesan. Sementara waktu ini, kita perlu bersabar dulu,” katanya, menurut laporan Harian Metro.


Acryl berkata, sebarang maklumat dan petunjuk diperoleh akan diteliti untuk tindakan susulan.


“Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dan jika betul akan dapat dikesan.


“Tapi apa yang berlaku, dia tiada di sana,” katanya.



Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum ini dilaporkan berkata, Sajat berkemungkinan sudah berada di luar negara.


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan w4ran tang.kap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.


Dia didak.wa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Feb 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.


Bagi perbuatan itu, Sajat didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jnayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan huk0man tidak melebihi RM5,000 atau pen.jara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesaIahan. – FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.