Ticker

6/recent/ticker-posts

Masih belum berpunya, Intan Najuwa dedah dirinya masih lagi single

 


Seperti yang ramai peminat ketahui, hubungan cinta antara pelakon berbakat besar, Intan Najuwa dengan bekas tunangnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli sudah pun dikatakan berakhir.

Ada gosip mengatakan pelakon berbadan sasa iaitu Zul Ariffin menjadi punca hubungan Intan dan bekas tunangnya itu retak separuh jalan.


Menerusi temu bual bersama geng pagi hot baru-baru ini, Intan tampil menjawab status terkini dirinya dan tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan bekas tunangnya mahupun Zul Ariffin.


Menerusi perbualan bersama penyampai radio Hot FM Mark Adam, beliau bertanyakan mengenai status Intan sama ada beliau sudah berpunya, sedang mengenali seseorang ataupun masih lagi single?


Menjawab kepada persoalan, Intan memberitahu bahawa beliau masih lagi bujang dan enggan mendedahkan tentang hal peribadinya dengan lebih lanjut.

Sumber : Hot FM

Biodata Intan Najuwa

Pelakon cantik dan comel ini dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal. Menjadi popular setelah membintangi beberapa drama seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Pak.sa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I'm In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).


Biodata Intan Najuwa Dan Profile Lengkap

Nama Penuh: Intan Najuwa Binti Abdul Wahid

Nama Pentas: Intan Najuwa

Tarikh lahir: 18/08/1997

Umur: 22 Tahun (2019)

Keluarga: Anak ke-2 dari 3 adik beradik

Asal: Johor Bahru, Johor

Tempat Tinggal: Kuala Lumpur

Kerjaya: Pelakon

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Drama/Filem: Hantu Punya Bos!, Khabar Dari Casablanca, Kekasih Paksa Rela

Warna Kegemaran: Pink

Aktif Sejak: 2015 – kini



Media Sosial Intan Najuwa

Instagram: @intannajuwa

Twitter: @intannajuwa


Perkata Menarik Tentang Intan Najuwa

Dahulunya merupakan seorang blogger sebelum menjadi artis.

Mempunyai wajah yang cute dan comel ala Wawa Zainal.

Bakat lakonannya dicungkil oleh pengarah David Teo dan menjadi antara bakat baru di bawah MIG Metrowealth.

Post a Comment

0 Comments