Ticker

6/recent/ticker-posts

PoIis sita Kancil 'misteri' viral di TikTok

 


 PoIis menyita dua Perodua Kancil termasuk satu daripadanya tiada bumbung yang tular di media sosial, awal pagi hari ini.


Ketua Jabatan Slasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta berkenaan ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.


Menurutnya, tindakan diambil selepas video tular di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini mengenai Perodua Kancil berwarna kuning yang tiada bumbung.


"Kami melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu yang dinaiki seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.



"Didapati pemandu yang berasal dari Raub, Pahang itu juga tidak mempunyai lesen memandu, selain kereta berwarna kuning tidak tiada cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanan pecah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Zulkefly berkata, pemandu itu turut menunjukkan sebuah lagi Perodua Kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.


"Berdasarkan pemeriksaan, kami mendapati kedua-dua kereta berkenaan tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh memba.hayakan pengguna lain disebabkan ia tidak lengkap, bur0k dan sudah lama (usia)," katanya.



Katanya, sa.man dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesaI.ahan tiada lesen memandu, manakala sitaan kedua-dua kereta dibuat mengikut Sek.syen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Difahamkan, pemandu terbabit adalah gelandangan yang tidur dalam kereta dan pernah dua kali dikenakan tindakan (sa.man serta sita kenderaan) atas kesa.lahan sama.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments