Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerajaan sedar rakyat tak suka, tapi..., kata Ismail Sabri

 


Kerajaan menyedari keputusan melarang rentas negeri dan kawalan diperketatkan tidak disukai rakyat tetapi tindakan itu perlu dilakukan untuk menyekat penuIaran Covld-19.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akhir-akhir ini menyaksikan trend kes harian Covld-19 di Malaysia kembali meningkat daripada 1,000 lebih kepada lebih 2,000 sehari.


Menurutnya, keadaan itu menimbulkan polemik baharu dalam pengurusan pandemlk penyaklt berkenaan.


"Beberapa negeri pula merekodkan peningkatan kes secara mendadak disebabkan oleh beberapa faktor.


"Sebenarnya, tahap kepatuhan rakyat tinggi. Cuma sebilangan kecil yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan akhirnya menjadi punca kes meningkat.


"Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan satu daripada penyebab peningkatan kes harian adalah kerana pergerakan rentas negeri," katanya dalam sidang media, hari ini.


Menurutnya, sejak 20 Disember tahun lalu hingga 20 April lalu, KKM merekodkan 38 kluster rentas negeri membabitkan 5,471 kes secara keseluruhan.



Pada bulan ini (April) sahaja, katanya, sebanyak tujuh kluster rentas negeri dengan 423 kes direkodkan.


"KKM juga merekodkan kes kluster tertinggi iaitu Kluster Pasai dengan 2,693 kes yang merebak di beberapa kawasan di Sarawak.


"Kluster rentas negeri ini bukan sahaja menyebabkan penularan jangkltan Covld-19 kepada kawasan zon hijau, malah aktiviti seperti pulang ke kampung, menghadiri majlis sosial juga meningkatkan risiko jangkitan kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.


"Mengambil contoh di Kelantan sejak 7 Disember tahun lalu, sebanyak 10 kluster rentas negeri direkodkan. Kluster-kluster ini sebahagiannya masih ada hingga kini dan menjangkiti beberapa generasi," katanya.


Disebabkan itu, menurutnya, sering ditekankan apabila kerajaan memberi kelonggaran dari segi ekonomi dan juga aktiviti sosial, tahap pematuhan SOP harus dipertingkatkan.


Katanya, ia semua berbalik kepada diri setiap individu yang harus menjaga diri, keluarga dan orang tersayang di sekelilingnya.



"Sehubungan dengan data itu, berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pergerakan rentas negeri kekal tidak dibenarkan dan harus diperketatkan lagi.


"Kerajaan sedar keputusan ini tidak disukai rakyat tetapi kita harus bersama-sama berganding bahu bagi memastikan penuIaran Covld-19 dapat dikekang," katanya.


Beliau berkata, di India yang kini merekodkan lebih 200,000 kes baharu Covld-19 sekali gus melonjakkan angka kes positif di negara itu melepasi 14 juta orang.


Menurutnya, di New Delhi, puluhan hotel dan dewan perkahwinan ditukar menjadi pusat untuk menempatkan pesaklt Covld-19.


"Hospital di India pula, keadaannya sesak dan kekurangan kakitangan kesihatan. Sudah pasti kita tidak mahu Malaysia jadi seperti itu.


"Sekali lagi saya tekankan, pertingkatkan kawalan kendiri dan patuhi SOP...#kitajagakita," katanya.


Ditanya kawalan rentas negeri menjelang Aidilfitri, katanya, pelaksanaan kawalan pematuhan SOP adalah pihak penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menguatkuasakan tindakan itu.


"Saya harap semua patuh sebab yang akan terjejas (jika ingkar) adalah diri sendiri. Timbalan Ketua Polis Negara sudah mengeluarkan amaran selain syarat tertentu sahaja untuk rentas negeri...patuhilah," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments