Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak mahu selamanya hidup menjanda, kata Erra Fazira

 


Empat tahun bergelar ibu tunggal dan sebelum ini hangat diperkatakan mengenai hubungannya dengan penyanyi Shahir, Erra mengakui hubungan mereka sudah lama berakhir.


“Finish (habis). Sudah lama berakhir. Sekarang ini antara saya dengan dia (Shahir) sudah tidak ada apa-apa hubungan. Cuma masih lagi berhubung, tetapi setakat itu sahaja,” katanya.



Tidak berhasrat untuk selamanya bergelar ibu tunggal, Erra berkata dia bersedia untuk berkahiwn jika bertemu lelaki yang tepat.


“Saya masih menunggu dan melihat. Semuanya saya serahkan urusan jodoh kepada Tuhan. Kalau ada, akan ada. Setakat ini, saya masih sendiri dan tidak ada sebarang ikatan dengan sesiapa,” katanya.


Bagaimanapun, Erra berkata dia tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam hal perkahwinan kerana perlu mendapat persetujuan anaknya, Engku Aleesya.



“Saya ada tanya Aleesya. Tetapi dia jawab ‘tidak payahlah’. Saya harap dia cuma bergurau sahaja kerana saya sendiri pun tidak mahu ‘melopong’ (bergelar janda) sahaja selama-lamanya.


“Dia tidak kisah kalau ayahnya berkahwin, asalkan saya tidak. Itu adalah hidupnya dan saya tak mahu bercakap apa-apa.


SUMBER  KOSMO! via rotikaya

Post a Comment

0 Comments