Ticker

6/recent/ticker-posts

Yana Lee mohon maaf, nasihatkan netizen guna cara yang betul jika mahu rentas negeri ziarah keluarga

 


Baru-baru ini pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman telah memuat naik satu video memaparkan beliau dan suaminya Hafiz Hamid memberikan hadiah sebuah kereta kepada ibu dan bapanya di Terengganu.


Perkongsian itu menjadi viral dan ramai netizen tertanya-tanya sampai ada yang dm bertanyakan macam mana dia boleh merentas negeri kerana seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas urusan rasmi/kerja dan perlu mendapat surat kebenaran dari pihak berwajib dulu.

Tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan, atas sikap tanggungjawap Yana Lee tampil meminta maaf pada netizen dan menjelaskan tiada istilah kayangan atau marhaen berhubung isu rentas negeri atas tujuan tertentu.

Kata Yana, dia memahami situasi semasa rakyat dan sensitiviti rentas negeri namun akuinya dia melalui prosedur sama dengan memohon kebenaran daripada pihak berkuasa untuk pulang ke kampung.

Malah, Yana turut berdepan situasi sama seperti orang ramai yang tidak dibenarkan pulang ke kampung biarpun ada ahli keluarga sedang sakit.

"Ramai yang DM, komen, cakap tak puas hati dapat balik kampung. Ada yang cakap diorang mak ayah sakit pun tak boleh balik. Rasa simpati sangat-sangat.

"Yang mana mak ayah sakit, jangan buat main. Jangan tangguh, minta kat polis sungguh-sungguh okey. Try banyak kali tak apa, demi mak ayah.

"Hari ni tak appove, esok-esok kot dapat rezeki mana tahu. Jangan sekali cuba tak dapat terus fed up.

"Saya hari tu pun ayah saklt, masa family try berubat kampung saya minta nak balik memang tak lepas sebab tak ada dokumen apa-apa.

"Tapi once ayah dah masuk hospital memang polis bagi lepas. Janji kita tak tlpu dan ada dokumen yang sah.


"Tak ada istilah level kayangan, kita level marhaen. Dia level A, kita level B. Once pergi balai nak request rentas, semua sama level je.

"Sebagai anak saya faham semua orang nak jumpa parents. Cuba sehabis baik minta balik kalau ada mak ayah saklt, jangan tunggu sampai habis PKP. Kita pun tak tahu bila PKP berakhir.

"Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk cuba minta. Sama-sama doa semoga ada sinar tahun ini dapat raya kat kampung. Dah dua tahun lebih raya kat bandar," tulisnya di Instagram Story.

Baru-baru ini kecoh apabila Yana dan suaminya, Hafiz Hamid berkongsi kepulangan mereka ke Besut, Terengganu untuk menghadiahkan sebuah kereta buat orang tua mereka.




Bagaimanapun, jelas pasangan itu mereka masih mematuhi syarat yang dibenarkan untuk merentas negeri dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jadi di sini saya nak minta maaf banyak-banyak andai tergurls hati siapa-siapa. Tak ada niat lain, tak ada niat nak riyak ke apa.

"Cuma nak kongsi momen yang saya rasa semua orang dalam dunia ni nak kan benda tu, iaitu keberkatan doa ibu bapa. Itu je," tambahnya.

Dipetik dari Gempak

Post a Comment

0 Comments