Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri Lan Solo Sempat Bawa Anak-Anak Blonde Rambut Sebelum PKP Dilaksanakan

 


Baru-baru ini viral satu perkongsian dari isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Hashim yang meluahkan rasa lega kerana sempat membawa anak-anaknya mewarnakan rambut Raya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dalam entri tersebut, Sheila sempat berseloroh mengatakan Lan terpaksa berhabis duit hanya kerana ingin melayan permintaan empat anaknya yang ingin mewarnakan rambut.



“Nasib baik sempat pergi blonde rambut! PKP wak…Malas dah KY nak fikir kenapa dan kenapa..

“Awak semua tau tak.. Buat rambut diorg berempat ni je..Boleh botak kepala daddy beliau tau..

“Tak kan tu pon nak kecam.. duit daddy depa.. bukan duit ampa..,” katanya.

Sheila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambahnya lagi, dia juga berharap Lan akan memberi sesuatu untuknya.

“Mommy? Blom tau lagi daddy nak bagi apa.. .Gelang emas kot no..

“Ehhh.. laki kita wak.. tak guna duit awak dan laki awak..Tapi kalau nak bagi.. kite sebatttt...,” beritanya berseloroh.


Bagaimanapun, perkongsian itu telah mendapat respon yang agak kurang senang dan setuju dengan tindakan mereka yang mewarnakan rambut anak-anak.


"Selagi blh ajar yang elok ajar la dari kecik nnt dah sekolah dia tau mana buruk mana baik..... Kalau dr kecik diajar yg buruk itu baik yg baik itu buruk jadi mcmni la bila tegur bidas atau menyindir ..ya Allah jauhkan keturunan ku dari terpesong dari agama mu ya Allah..." - Zalty Sff


"Ank dia biarla dia.. Bkn ank kita... Ank cerminan ibubapa kan.. Datu ank korank mcm korank la nnti suka hentam sna sni.. 2x5.. Cr salah org lupa slh sndri" - Tengku Fairingz

"Ingat depa ni cara hidup kemelayuan sikit rupanya western juga. Dak aihh.. tak kecam cuma selama persepsi berbeza ja." - Suria Azizan

"Maaf cakap kurang sesuai warna rambut dengan kulit tu.. Kurang kecomelan anak bila warna macam ni.. Tapi tak pe lah duit daddy diorang kan... Selamat hari raya

Ps : anak diorang comel.. Budak budak kat dunia ni semua comel, tak ada yang tak comel.. 😊Tapi bila warna rambut macam ni kurang sikit comelnya.." - Puan Zuera

Untuk rekod pembaca, Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun


SUMBER : ROTlKAYA


Post a Comment

0 Comments