Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Ramai netizen teruja nak tahu mengenai perancangan anak, ini jawapan mengejutkan dari Neelofa!

 


Sejak berkahwin beberapa minggu yang lalu sampailah sekarang, pasangan selebriti popular Neelofa dan  suaminya PU Rizz terus-menerus menjadi perhatian netizen. Apa saja yang dikongsikan di media sosial pasti akan mendapat liputan netizen.

Baru-baru ini pasangan ini dikatakan telah meIanggar SOP merentasi negeri ke Nilai.Namun selain dari kisah tersebut, sudah menjadi lumrah pasangan berkahwin..tambah-tambah lagi pasangan popular seperti Neelofa ini, pastinya ramai peminat ingin tahu mengenai zuriat dan perancangan anak bagi pasangan ini.

Sebelum ini, Neelofa pernah menyatakan bahawa usah bertanya soal jodoh padanya kerana terlihat seperti menanyakan waktu bila akan MATl, kali ini mungkin berbeza jawapannya setelah beliau selamat bernikah dengan seorang pendakwah bebas, PU Rizz.


Baru-baru ini Neelofa ada ditemuramah di rancangan Melodi, beliau telah menjelaskan bahawa dirinya seolah-olah tidak dibenarkan untuk menjawab soal bilakah pasangan selebriti ini akan menimang cahaya mata namun diserahkan kepada suaminya, untuk mengulas dengan lebih lanjut.


caption:

“Soalan pasal anak tu boleh tanya haris, kalau saya jawab nanti kan dia… tak boleh tak boleh”

Beliau menjelaskan bahawa suaminya itu akan menasihatinya mengenai perkara-perkara yang mungkin tidak beliau sedari, Neelofa akui bahawa dirinya harus lebih berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kerana tidak lagi membawa imej dan nama sendiri namun identiti sebagai pasangan suami isteri.

“Neelofa ni semua benda nak post pastu mula lah netizen marah, dia boleh je kot kalau post dekat close friend, benda yang tak sepatutnya tak patut kongsi pada khalayak umum…bila disoal jangan tahu melenting pula kalau diri sendiri yang bagi ruang untuk dikecam”

Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen menyokong Neelofa kali ini, netizen juga berpendapat adalah lebih baik jika sebarang keputusan dibuat dipersetujui dan dipertanggungjawab oleh kedua-dua pasangan.




Menurut laporan dari portal HOTFM Neelofa menjawab perihal anak sama seperti soal jodoh, beliau menyerahkan segala aturan kepada Yang Maha Esa dan jika diberi rezeki dalam masa terdekat, selebriti ini bakal menerimanya dengan tangan terbuka.

Mesti comel kan anak Neelofa dengan Harris nanti, tak sabar nak tunggu berita gembira soal anak pula.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera

Sumber: Instagram Lofa.world, Melodi dan HOTFM

Post a Comment

0 Comments